Perburuhan dan masyarakat bugis di Sabah: analisis kajian terdahulu

Kertas kerja ini merupakan analisis terhadap masyarakat Bugis di Sabah dalam aspek ekonomi berkaitan dengan penglibatan mereka dalam proses perburuhan. Pendekatan yang digunakan adalah dengan menilai kajian-kajian terdahulu yang merangkumi dua tema utama, iaitu kajian khusus Bugis dalam bidang ekono...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mahadirin Ahmad
Format: Article
Language:English
English
Published: Journal of Social Sciences and Humanities 2020
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/26957/1/Perburuhan%20dan%20masyarakat%20bugis%20di%20sabah.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/26957/2/Perburuhan%20dan%20masyarakat%20bugis%20di%20sabah1.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/26957/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kertas kerja ini merupakan analisis terhadap masyarakat Bugis di Sabah dalam aspek ekonomi berkaitan dengan penglibatan mereka dalam proses perburuhan. Pendekatan yang digunakan adalah dengan menilai kajian-kajian terdahulu yang merangkumi dua tema utama, iaitu kajian khusus Bugis dalam bidang ekonomi dan kajian umum yang melibatkan aspek budaya dan adat resam serta hal-hal lain. Objektif kajian ini adalah untuk menjelaskan perkembangan buruh Bugis dalam sektor perladangan di Sabah, yang mana pada fasa seterusnya kajian lanjut dilakukan dengan menemubual individu yang pernah terlibat dalam sektor perladangan di negeri Sabah. Kajian empirikal dilakukan dengan menggunakan kaedah kualitatif yang memfokuskan kepada proses temubual secara mendalam. Analisis terhadap kajian lepas, kaedah kepustakaan dan analisis dokumen digunakan bagi menghasilkan data sokongan berkenaan perkembangan buruh Bugis. Hasil dapatan penyelidik terdahulu, berdasarkan kedatangan buruh Bugis yang disebabkan oleh pembukaan ladang kelapa pada akhir abad ke 19, serta perkembangan pesat industri lanud dan kelapa sawit pada dekad 50an sehingga 80an. Selain itu, kajian-kajian terdahulu juga menerangkan tentang orang Bugis yang merangkumi aspek budaya, ekonomi, dan sosial. Jelasnya, penglibatan mereka dilihat sebagai keperluan ekonomi dan meningkatkan pendapatan negeri berasaskan industri komoditi.