Ciri Estetika Dalam Reka Bentuk dan Motif Pakaian Tradidional Golongan Perempuan Etnik Rungus di Kudat (Shape and Motif in the Traditional Female Rungus Costume of Kudat)
Pakaian tradisional etnik di Sabah mempunyai keunikan reka bentuk dan motif yang menampilkan nilai keindahan yang amat menarik. Pakaian tradisional etnik golongan lelaki Rungus dikenali sebagai badu’- masap yang dipakai dalam upacara ritual, manakala pakaian mogah dipakai oleh penari lelaki. Pakaian...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English English |
Published: |
2018
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/25246/1/Ciri%20Estetika%20Dalam%20Reka%20Bentuk%20dan%20Motif%20Pakaian%20Tradidional%20Golongan%20Perempuan%20Etnik%20Rungus%20di%20Kudat%20%28Shape%20and%20Motif%20in%20the%20Traditional%20Female%20Rungus%20Costume%20of%20Kudat%29.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/25246/7/Ciri%20Estetika%20Dalam%20Reka%20Bentuk%20dan%20Motif%20Pakaian%20Tradidional%20Golongan%20Perempuan%20Etnik%20Rungus%20di%20Kudat%20%28Shape%20and%20Motif%20in%20the%20Traditional%20Female%20Rungus%20Costume%20of%20Kudat%291.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/25246/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pakaian tradisional etnik di Sabah mempunyai keunikan reka bentuk dan motif yang menampilkan nilai keindahan yang amat menarik. Pakaian tradisional etnik golongan lelaki Rungus dikenali sebagai badu’- masap yang dipakai dalam upacara ritual, manakala pakaian mogah dipakai oleh penari lelaki. Pakaian tradisional golongan perempuan pula terdiri daripada pakaian banat-tapi’ yang dipakai dalam upacara ritual bersama-sama dengan pakaian sukolob. Kajian ini ditumpukan pada pakaian badu’-masap dan banat-tapi’. Tumpuan analisis adalah terhadap elemen estetika dari segi reka bentuk dan motif yang dipaparkan. Data-data penyelidikan ini diperoleh melalui kajian lapangan dengan menggunakan kaedah pemerhatian, temu bual dan rakaman audio visual. Analisis kajian adalah berdasarkan pendekatan estetika yang diperkenalkan oleh Beardsley (1975) dan Vitruvius (1960). Pendekatan estetika ini merumuskan elemen harmoni, kesatuan dan imbangan sebagai indikator yang penting. Kajian ini mendapati elemen estetika dalam pakaian tradisional masyarakat Rungus dapat dikategorikan berdasarkan reka bentuk motif organik dan geometri. Seterusnya, elemen estetika didominasi oleh unsur flora, fauna, alam sekeliling dan kosmos. Reka bentuk dan motif pakaian tradisional etnik ini dapat dikaitkan dengan aktiviti kehidupan mereka. |
---|