Hubungan agenda media dan faktor keselarian politik

Artikel ini memfokuskan pada penggunaan Teori Penentuan Agenda dan Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin dan Permatang Pauh 2015. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti penentuan agenda media antara akhbar Utusan Malaysia dan portal berita Free Malaysia Today, dan menganalisis corak liputan ber...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Noor Zafira Mohd Shafie, Haryati Abdul Karim, Norhuda Salleh
Format: Article
Language:English
English
Published: 2018
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/24968/1/Hubungan%20agenda%20media%20dan%20faktor%20keselarian%20politik.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/24968/7/Hubungan%20Agenda%20Media%20dan%20Faktor%20Keselarian%20Politik1.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/24968/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Artikel ini memfokuskan pada penggunaan Teori Penentuan Agenda dan Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin dan Permatang Pauh 2015. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti penentuan agenda media antara akhbar Utusan Malaysia dan portal berita Free Malaysia Today, dan menganalisis corak liputan berita yang dibuat oleh kedua-dua media yang berlainan pemilikan dengan meneliti aspek tema berita dan condong berita. Kajian yang dijalankan ini menggunakan kaedah analisis kandungan kuantitatif. Tema berita yang dikenal pasti adalah sosial, ekonomi dan tokoh. Tema ini dipecahkan kepada sub tema yang lebih kecil. Tema sosial dipecahkan kepada jenayah, pendidikan dan kaum dan agama, ekonomi dipecahkan kepada pembangunan dan GST dan tema tokoh pula dipecahkan kepada sub tema calon bertanding, manifesto dan kempen dan sistem pilihan raya. Condong berita yang dikenal pasti dalam kajian adalah positif kerajaan, positif pembangkang, neutral, negatif kerajaan dan negatif pembangkang. Kajian mendapati bahawa proses penentuan agenda berlaku bagi setiap liputan media yang dipaparkan kerana terdapat kecenderungan tertentu bagi jenis liputan berita yang dibuat oleh media berdasarkan kepada penekanan tema dan sub tema tertentu dan hal ini turut dilihat berdasarkan kepada condong berita. Faktor keselarian politik dikaitkan dengan penentuan agenda media kerana pemaparan skop berita yang berdasarkan kepada tema dan arah kecenderungan berita adalah berpandukan kepada faktor pemilikan media kerana kedua-dua media adalah berbeza pemilikan. Utusan Malaysia dimiliki oleh UMNO manakala Free Malaysia Today dimiliki oleh pembangkang. Kesimpulannya kajian ini mengukuhkan Teori Penentuan Agenda khususnya tentang hubungan agenda media dengan keselarian politik.