Kajian tentang status kerintangan insektisid terhadap Plutella Xylostella, perosak utama sayur-sayuran Cruciferae di Kundasang, Sabah

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui status kerintangan insektisid terhadap larva Piute/la xylostella terhadap bahan aktif insektisid Cypermethrin, Spinosad, Avermectin, Chlorantraniliprole, Chlorfenapyr, Tolfenpyrad dan Lufenuron. Kajian ini telah dijalankan selama dua (2) tahun bermula...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Suzan Benedick, Harpal S. Sain, Nurul Ain Repin, Kimberly ak Ador
Format: Research Report
Language:English
Published: Universiti Malaysia Sabah 2014
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/24832/1/Kajian%20tentang%20status%20kerintangan%20insektisid%20terhadap%20Plutella%20Xylostella%2C%20perosak%20utama%20sayur-sayuran%20Cruciferae%20di%20Kundasang%2C%20Sabah.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/24832/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui status kerintangan insektisid terhadap larva Piute/la xylostella terhadap bahan aktif insektisid Cypermethrin, Spinosad, Avermectin, Chlorantraniliprole, Chlorfenapyr, Tolfenpyrad dan Lufenuron. Kajian ini telah dijalankan selama dua (2) tahun bermula pada tahun April 2013 - April 2015 menggunakan peruntukan Universiti Malaysia Sabah (SBK0136-STWN-2014). Tinjauan terhadap penggunaan insektisid oleh 40 responden yang mengusahakan ladang-ladang sayuran juga dilaksanakan bagi mengetahui hubungkait kerintangan insektisid dengan cara penggunaan insektisid di Kundasang. Kajian ini telah dilaksanakan di makmal dan ladang Fakulti Pertanian Lestari (FPL) UMS (Sandakan) yang merangkumi tiga peringkat iaitu i. penanaman kobis yang bebas dari serangan insektisid, ii. persampelan larva P. xylostella di Kundasang dan iii. ujian bioasai celup daun. Faktor Kerintangan Cypermethrin (FR > 160), Avamectin (FR > 10.1 - 40.0), Chlorantraniliprole (FR > 160) dan Chlofenapyr (FR > 160) adalah pada julat sederhana rintang hingga amat rintang. Cypermethrin dan Avamectin adalah bahan aktif insektisid yang telah direkodkan penggunaannya seawal tahun 1990an. Spinosad, Tolfenpyrad, Lufenuron, Chlorantraniliprole