Kesan ketoksikan bawang putih terhadap mortaliti lalat putih dewasa Bemisia Tabaci, Perosak Jambu Batu Sg. Batang, Sandakan
Satu kajian lapangan telah dijalankan di Fakulti Pertanian Lestari di Universiti Malaysia Sabah, Sandakan, Sabah untuk mengkaji ketoksikan minyak bawang putih terhadap mortaliti lalat putih, 8. tabaciantara Kebun Jambu Kg. Sungai Batang dan Kebun Jambu Persendirian. Tujuan kajian ini adalah untuk me...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Academic Exercise |
Language: | English |
Published: |
Universiti Malaysia Sabah
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/24691/1/Kesan%20ketoksikan%20bawang%20putih%20terhadap%20mortaliti%20lalat%20putih%20dewasa%20Bemisia%20Tabaci%2C%20Perosak%20Jambu%20Batu%20Sg.%20Batang%2C%20Sandakan.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/24691/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Satu kajian lapangan telah dijalankan di Fakulti Pertanian Lestari di Universiti Malaysia Sabah, Sandakan, Sabah untuk mengkaji ketoksikan minyak bawang putih terhadap mortaliti lalat putih, 8. tabaciantara Kebun Jambu Kg. Sungai Batang dan Kebun Jambu Persendirian. Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan kepekatan ketoksikan paling efektif untuk lalat putih dalam tanaman jambu batu dan untuk mewujudkan perbezaan reaksi lalat putih antara Kebun Jambu Kg. Sungai Batang dan Kebun Jambu Persendirian. Rekabentuk eksperimen yang dijalankan adalah 'Completely Randomised Design (OW)'dengan menggunakan 0 ng/g, 5000 ng/g, 10000 ng/g dan 20000 ng/g dos kepekatan bagi rawatan minyak bawang putih, setiap replikasi mempunyai s individu dewasa lalat putih. Data yang dikumpulkan adalah untuk 6 jam, 12 jam, 18 jam dan 24 jam pemerhatian. Perisian PoLoPlus© yang digunakan untuk tujuan menganalisa keputusan yang diperolehi dengan menunjukkan reaksi mortaliti lalat putih antara Kebun Jambu Kg. Sungai Batang dan Kebun Jambu Persendirian berdasarkan nilai LT 50/LT 90. Ujian 'parallelism' dan 'equality' menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan bagi hubungan mortaliti dalam probit dan log dos bahan aktif insektisid. Namun, kecerunan pada graf probit menunjukkan Kebun Jambu Kg. Sungai Batang (rm=4.797±2.307) menghasilkan kadar mortaliti yang tinggi berbanding Kebun Jambu Persendirian (rm=3.892±1.182). Ujian FRso dan FR90 menunjukkan terdapat perbezaan antara status kerintangan bagi kedua-clua kebun jambu. Kebun Jambu Kg. Sungai Batang menunjukkan status kerintangan seclerhana dengan nisbah kerintangan (FRso=l0.80) lebih tinggi berbanding dengan Kebun Jambu Persendirian dengan status kerintangan rentan (FRso=2.28). Manakala bagi FR90 menunjukkan status kerintangan yang sama antara kedua-clua kebun iaitu kerintangan tinggi tetapi nisbah kerintangan berbeza untuk Kebun Jambu Persendirian (FR90=8Q.00) lebih tinggi berbanding Kebun Jambu Kg. Sungai Batang (FR90=70.87). |
---|