Tenaga metabolisma di dalam cengkerik (Archeta Domesticus) untuk ayam pedaging

Kajian ini telah dijalankan di Fakulti Pertanian Lestari, Universiti Malaysia Sabah, Kampus Sandakan untuk mengkaji potensi nilai nutrisi cengkerik sebagai makanan ayam. Objektif ini kajian untuk mengetahui nilai tenaga metabolisma dan komposisi kimia seperti ADF, ADL, AIA, NDF dan abu. Umumnya, ten...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nur Naiemah Saffi
Format: Academic Exercise
Language:English
Published: Universiti Malaysia Sabah 2017
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/24535/1/Tenaga%20metabolisma%20di%20dalam%20cengkerik%20%28Archeta%20Domesticus%29%20untuk%20ayam%20pedaging.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/24535/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini telah dijalankan di Fakulti Pertanian Lestari, Universiti Malaysia Sabah, Kampus Sandakan untuk mengkaji potensi nilai nutrisi cengkerik sebagai makanan ayam. Objektif ini kajian untuk mengetahui nilai tenaga metabolisma dan komposisi kimia seperti ADF, ADL, AIA, NDF dan abu. Umumnya, tenaga diperlukan untuk proses metabolik dan aktiviti haiwan. Tidak semua tenaga yang terdapat dalam makanan (tenaga kasar) digunakan oleh haiwan. Sebahagian dari tenaga makanan dikenali sebagai tenaga metabolisma (ME). Tenaga ini menjadi asas dalam kawalan kualiti makanan dan formulasi diet. Sebanyak tiga sampel digunakan untuk mendapat nilal purata analisis yang tepat. Dengan menggunakan Microsoft Excel 2010, nilal purata tenaga kasar cengkerik dan tenaga kasar ileal dikira untuk mendapatkan purata nilai tenaga metabolism cengkerik. Tenaga metabolisma cengkerik adalah 4.8 kcal/g lebih tinggi jika dibandingkan dengan nilai tenaga kacang soya (2.15 kcal/g) yang telah dinayatakan oleh Ismasyahir et al,. 2012. Berdasarkan nilai tenaga metabolisma antara cengkerik dan kacang saya, cengkerik boleh dijadikan sumber protein dalam diet ternakan.