Kesan mesokarpa kelapa sawit dan em terhadap pertumbuhan dan hasil cili menggunakan sistem fertigasi
Kajian telah dijalankan di Fakulti Pertanian Lestari (FPL), Universiti Malaysia Sabah Kampus Sandakan bagi mengkaji kesan medium mesokarpa dengan kombinasi mikroorganisma berkesan (EM) terhadap pertumbuhan dan hasil cili ( Capsicum annum) Varieti Kulai 461 menggunakan sistem penanaman fertigasi. Seb...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Academic Exercise |
Language: | English |
Published: |
Universiti Malaysia Sabah
2018
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/24001/1/Kesan%20penggunaan%20kadar%20baja%20nitrogen%20dan%20kalium%20terhadap%20pertumbuhan%20dan%20hasil%20bendi.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/24001/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian telah dijalankan di Fakulti Pertanian Lestari (FPL), Universiti Malaysia Sabah Kampus Sandakan bagi mengkaji kesan medium mesokarpa dengan kombinasi mikroorganisma berkesan (EM) terhadap pertumbuhan dan hasil cili ( Capsicum annum) Varieti Kulai 461 menggunakan sistem penanaman fertigasi. Sebanyak 12 jenis rawatan telah diuji dengan 15 replikasi menggunakan Complete Randomize Design (CRD). Medium yang dikaji adalah habuk sabut kelapa (kawalan), mesokarpa tidak direbus dan mesokarpa direbus (30 minit pada takat didih) dengan masing-masing ditambah dengan 5,10 dan 15% EM. Keberkesanan medium diukur melalui kadar pertumbuhan dan hasil cili. Penuaian hasil dijalankan selang 4 hari sebanyak enam kali tuaian bermula pada minggu ke- 9 selepas pemindahan ke polibeg. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan ANAVA 2 Hala. Hasil kajian ini, rawatan kawalan memberikan kesan positif dalam menggalakkan pertumbuhan cili melalui pertambahan ukur lilit batang, lebar kanopi dan panjang akar pokok. Medium habuk sabut kelapa dengan kombinasi EM juga mampu memberi kesan yang baik terhadap berat buah cili. Medium mesokarpa dengan kombinasi EM memberikan kesan yang positif terhadap kualiti yang diterima pasaran iaitu dari segi kepanjangan serta ukur lilit buah. Hasil kajian ini juga menunjukkan bahawa penggunaan medium mesokarpa direbus memberikan kesan yang baik berbanding dengan habuk sabut kelapa (kawalan) dalam mempengaruhi tinggi pokok. Secara keseluruhan, melalui analisis parameter dan anggaran hasil yang dilakukan, didapati medium mesokarpa mampu menggantikan habuk sabut kelapa sebagai medium penanaman utama dalam sistem fertigasi. Namun, kualiti pokok dah buah cili dapat ditingkatkan dengan memberikan rawatan (rebusan) terhadap mesokarpa dan penambahan 15%EM. Waiau bagaimanapun, kajian mendalam terhadap perubahan ciri-ciri medium selepas rebusan dan kombinasi EM perlu dijalankan untuk mengetahui mekanisma yang memberikan kesan secara langsung dalam peningkatan kualiti pertumbuhan dan hasil cili. Selain itu, kajian pereputan mesokarpa perlu dijalankan untuk menguji hayat produktif mesokarpa sebagai medium penanaman tanpa tanah. Dengan ini diharap akan menjadi permulaan kepada penghasilan medium baharu yang lebih murah, mudah didapati dan ekonomik bagi memastikan kelangsungan penggunaan teknologi fertigasi dan penghasilan sayuran khususnya di Sabah. |
---|