Kesan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) terhadap keberkesanan hidup dalam kalangan belia di Sabah: ke arah pembinaan modal insan

Objektif utama kajian ini ialah untuk mengkaji keberkesanan empat modul dalam Program Latihan Khidmat Dalam Negara (PLKN) iaitu Fizikal, Kenegaraan, Pembinaan Karakter dan Khidmat Komuniti ke atas keberkesanan Kehidupan golongan belia di Sabah. Keberkesanan kehidupan ini diukur berdasarkan kepada l...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Getrude C. Ah Gang @ Grace, Mazni Mustapha, Balan Rathakrishnan, Joki Perdani Sawai
Format: Research Report
Language:English
English
Published: Universiti Malaysia Sabah 2009
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/23834/1/Kesan%20Program%20Latihan%20Khidmat%20Negara.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/23834/6/Kesan%20Program%20Latihan%20Khidmat%20Negara.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/23834/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Objektif utama kajian ini ialah untuk mengkaji keberkesanan empat modul dalam Program Latihan Khidmat Dalam Negara (PLKN) iaitu Fizikal, Kenegaraan, Pembinaan Karakter dan Khidmat Komuniti ke atas keberkesanan Kehidupan golongan belia di Sabah. Keberkesanan kehidupan ini diukur berdasarkan kepada lapan (8) aspek iaitu pengurusan masa, Kecekapan Sosial, Motivasi Pencapaian, Fleksibiliti Intelektual, Kepemimpinan, Kawalan Emosi, Inisiatif Aktif dan Keyakinan Kendiri. Kajian ini juga dijalankan untuk mengkaji sikap golongan belia terhadap PLKN antara sebelum dengan sesudah mereka mengikuti PLKN selama 3 bulan. Kajian ini adalah berbentuk kuasi eksperimen yang menggunakan kajian tinjau selidik. Subjek perlu mengisi borang seal selidik sebelum mereka mengikuti latihan PLKN. Selepas 3 bulan, mereka sekali lagi perlu mengisi seal selidik pos kajian. Seramai 461 orang subjek terlibat dalam kajian ini. Borang soal selidik ini mengandungi 3 bahagian iaitu Bahagian A: Maklumat Demografi; Bahagian B: Soal Selidik Life Effectiveness, dan Bahagian C: Sikap Terhadap Modul PLKN. Data kajian dianalisis dengan menggunakan SPSS for windows 15.00 version. Statistik deskriptif dan inferensi digunakan untuk menganalisa hipotesis kajian dengan menggunakan ujian t sampel berpadanan. Keputusan kajian menunjukkan terdapat perbezaan min antara sebelum dan selepas bagi 4 modul PLKN terhadap keberkesanan kehidupan. Antara 8 aspek tersebut, aspek kepemimpinan menunjukkan perbezaan min yang tinggi bagi 4 modul PLKN, sementara aspek motivasi pencapaian menunjukkan perbezaan min yang paling rendah. Dari segi sikap terhadap PLKN pula, terdapat perbezaan min yang signifikan antara sebelum dan selepas subjek mengikuti PLKN. Begitu juga bagi setiap komponen dalam sikap iaitu kognitif, afektif dan psikomotor.