Pengurusan stres wanita luar bandar dari pelbagai etnik: satu pengujian rawatan dan penghasilan modul latihan
Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan keberkesanan modul yang telah dibina berdasarkan etnik dan lokasi iaitu Sabah dan Semenanjung. Bagi menentukan keberkesanan modul yang telah dibina, kumpulan penyelidik membandingkan min skor stres yang dialaml oleh responden iaitu...
Saved in:
Main Authors: | , , , , , , |
---|---|
Format: | Research Report |
Language: | English |
Published: |
Universiti Malaysia Sabah
2010
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/23217/1/Pengurusan%20stres%20wanita%20luar%20bandar%20dari%20pelbagai%20etnik.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/23217/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
id |
my.ums.eprints.23217 |
---|---|
record_format |
eprints |
institution |
Universiti Malaysia Sabah |
building |
UMS Library |
collection |
Institutional Repository |
continent |
Asia |
country |
Malaysia |
content_provider |
Universiti Malaysia Sabah |
content_source |
UMS Institutional Repository |
url_provider |
http://eprints.ums.edu.my/ |
language |
English |
topic |
BF Psychology |
spellingShingle |
BF Psychology Rosnah Ismail Naimah Yusoff Chua, Bee Seok Ferlis Bahari Nur Haziyanti Mohamad Khalid Lailawati Madlan Assis Kamu Pengurusan stres wanita luar bandar dari pelbagai etnik: satu pengujian rawatan dan penghasilan modul latihan |
description |
Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan keberkesanan modul yang telah dibina berdasarkan etnik dan lokasi iaitu Sabah dan Semenanjung. Bagi
menentukan keberkesanan modul yang telah dibina, kumpulan penyelidik membandingkan min skor stres yang dialaml oleh responden iaitu sebelum dan selepas mengikuti latihan
pengurusan stres berdasarkan Modul Pengurusan Stres Wanita Luar Bandar. Kajian ini juga membandingkan tahap stres wanita luar bandar antara kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen. Selain itu, kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk membina dan menguji eiri psikometrik "Modul Pengurusan Stres Wanita Luar Bandar dari Pelbagai Etnik". Kesahan kandungan digunakan bagi menentukan kesahan modul. Sementara, kebolehpercayaan ketekalan dalaman melalui kaedah Cronbach Alpha modul digunakan bagi menguji tahap
kebolehpercayaan. Modul Pengurusan Stres telah dibina dan dibentuk sendiri oleh kumpulan
penyelidik. Kesahan modul diuji dengan menggunakan kesahan kandungan (content
validitY). Kesahan kandungan telah dilakukan oleh dua orang konsultan yang pakar dalam
bidang stres dan kumpulan penyelidik. Kedua-dua ahli konsultan ini telah meneliti dan
menyemak modul yang dihasilkan oleh kumpulan penyelidik. Selain ahli konsultan, kesahan
kandungan juga disemak oleh kumpulan penyelidik yang pakar dalam bidang stres,
pengukuran, keluarga, dan pendidikan.
Seramal 137 subjek terdiri daripada wan ita luar bandar di Sabah dan Semenanjung
telah dijadikan sebagai subjek kajian. Data yang telah dikutip telah dianalisis dengan
menggunakan analisis deskriptif yang melaporkan profil demografi dan tahap stres yang
dialami responden. Ujian ANOVA sehala sam pel bebas digunakan bagi menguji perbezaan
stres berdasarkan etnik. Bagi mengenal pasti perbezaan stres berdasarkan lokasi iaitu Sabah
dan Semenanjung, analisis ujian-t sam pel bebas digunakan. Analisis ujian-t berulangan pula
digunakan untuk mengenalpasti tahap stres wanita luar bandar sebelum dan selepas latihan
pengurusan stres berdasarkan Modul Pengurusan Stres Wanita Luar Bandar dan juga
membandingkan tahap stres wanita luar bandar antara kumpulan kawalan dan kumpulan
eksperimen. Kesemua ujian statistik telah dianalisis dengan menggunakan program
'Statistical Package for the Social Sciences for Windows' (SPSS For Windows) versi 17.0.
Hasil kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi stres (pre &
post test) berdasarkan etnik bagi sam pel keseluruhan, sampel Sabah dan Semenanjung.
Selain itu, dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi stres
(pre dan post test) yang dialaml oleh wanita luar bandar di Sabah dan Semenanjung.
Namun, hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi stres yang
dialami oleh wanita luar bandar antara sebelum dan selepas menjalani rawatan (modul)
latihan pengurusan stres. Hasil kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan yang
signifikan bagi stres yang dialami oleh wanita luar bandar antara sebelum dan selepas'
menjalani rawatan (modul) latihan pengurusan stres bagi sam pel dl negeri Sabah. Hasil
kajian lain menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi stres yang dialami
oleh wanita luar bandar antara sebelum dan selepas menjalani rawatan (modul) latihan
pengurusan stres bagi sampel di Semenanjung. Sementara itu, hasil kajian menunjukkan
tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi stres (pre test) yang dialami oleh wanita luar
bandar antara kumpulan eksperimen dan kawalan bagi sampel keseluruhan. Sebaliknya,
dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi stres (post stres) yang
dialami oleh wanita luar bandar antara kumpulan eksperimen dan kawalan bagi sam pel
keseluruhan. Akhir sekali, hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagl
stres (post stres) yang dialami oleh wanita luar bandar antara kumpulan eksperimen dan
kawalan bagi sampel keseluruhan, Sabah dan Semenanjung.
Hasil daripada penilaian ke atas Modul Pengurusan Stres Wanita Luar Bandar, ahli
konsultan telah memberi komen, pandangan dan saranan bagi memperbaiki kandungan
modul. Seterusnya, kumpulan penyelidik telah membuat pembaikan mengikut komen dan
saranan yang dikemukakan ·oleh ahli konsultan. Secara keseluruhannya, nilai
kebolehpercayaan Cronbach Alpha bagi Modul Pengurusan Stres Wanita Luar Bandar
berlingkar antara 0.782 hingga 0.942 bagi 11 aktiviti yang terkandung dalam modul. Nilai
Cronbach Alpha yang tertinggi pada aktlviti 7 (Latihan Pernafasan) bernilai 0.942 dan nilai
Cronbach Alpha yang terendah dicatat pada aktiviti 2 (Ehhh, saya pun stres juga) iaitu
bernilai 0.782. Pekali Cronbach Alpha yang rendah pada aktiviti 4 dan 6 semasa kajian awal
juga telah meningkat semasa kajian sebenar iaitu masing-masing dari 0.478 kepada 0.909
bagi aktiviti 1 dan dari 0.632 kepada 0.858 pada aktiviti 6.
Sehubungan itu, kajian Pengurusan Stres Wanita Luar Bandar dari Pelbagai Etnik:
Satu Pengujian Rawatan dan Penghasilan Modul Latihan berhasrat memberi penjelasan
kepada pihak berwajib tentang status kesihatan psikologi golongan wanita luar bandar masa
kini, khusus yang melibatkan perbezaan dari segi etnik, bangsa dan lokasi tempat tinggal
iaitu di negeri Sabah dan Semenanjung Malaysia. Kajian ini juga menghasilkan sebuah
Modul Pengurusan Stres Wanita Luar Bandar yang berfungsi sebagai alat latihan pengurusan
stres yang boleh diamalkan oleh golongan tersebut dengan kaedah pemahan dan
pelaksanaan yang mudah dan berkesan selaras dengan kesesuaian latar belakang
kehidupan golongan tersebut. Semoga dengan adanya dapatan kajian yang sangat
berinformasi ini, maka dapat membantu pihak berwajib dalam pelaksanaan dasar khususnya
yang melibatkan kepentingan golongan wanita. |
format |
Research Report |
author |
Rosnah Ismail Naimah Yusoff Chua, Bee Seok Ferlis Bahari Nur Haziyanti Mohamad Khalid Lailawati Madlan Assis Kamu |
author_facet |
Rosnah Ismail Naimah Yusoff Chua, Bee Seok Ferlis Bahari Nur Haziyanti Mohamad Khalid Lailawati Madlan Assis Kamu |
author_sort |
Rosnah Ismail |
title |
Pengurusan stres wanita luar bandar dari pelbagai etnik:
satu pengujian rawatan dan penghasilan modul latihan |
title_short |
Pengurusan stres wanita luar bandar dari pelbagai etnik:
satu pengujian rawatan dan penghasilan modul latihan |
title_full |
Pengurusan stres wanita luar bandar dari pelbagai etnik:
satu pengujian rawatan dan penghasilan modul latihan |
title_fullStr |
Pengurusan stres wanita luar bandar dari pelbagai etnik:
satu pengujian rawatan dan penghasilan modul latihan |
title_full_unstemmed |
Pengurusan stres wanita luar bandar dari pelbagai etnik:
satu pengujian rawatan dan penghasilan modul latihan |
title_sort |
pengurusan stres wanita luar bandar dari pelbagai etnik:
satu pengujian rawatan dan penghasilan modul latihan |
publisher |
Universiti Malaysia Sabah |
publishDate |
2010 |
url |
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/23217/1/Pengurusan%20stres%20wanita%20luar%20bandar%20dari%20pelbagai%20etnik.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/23217/ |
_version_ |
1760230076073377792 |
spelling |
my.ums.eprints.232172019-08-01T08:25:23Z https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/23217/ Pengurusan stres wanita luar bandar dari pelbagai etnik: satu pengujian rawatan dan penghasilan modul latihan Rosnah Ismail Naimah Yusoff Chua, Bee Seok Ferlis Bahari Nur Haziyanti Mohamad Khalid Lailawati Madlan Assis Kamu BF Psychology Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan keberkesanan modul yang telah dibina berdasarkan etnik dan lokasi iaitu Sabah dan Semenanjung. Bagi menentukan keberkesanan modul yang telah dibina, kumpulan penyelidik membandingkan min skor stres yang dialaml oleh responden iaitu sebelum dan selepas mengikuti latihan pengurusan stres berdasarkan Modul Pengurusan Stres Wanita Luar Bandar. Kajian ini juga membandingkan tahap stres wanita luar bandar antara kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen. Selain itu, kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk membina dan menguji eiri psikometrik "Modul Pengurusan Stres Wanita Luar Bandar dari Pelbagai Etnik". Kesahan kandungan digunakan bagi menentukan kesahan modul. Sementara, kebolehpercayaan ketekalan dalaman melalui kaedah Cronbach Alpha modul digunakan bagi menguji tahap kebolehpercayaan. Modul Pengurusan Stres telah dibina dan dibentuk sendiri oleh kumpulan penyelidik. Kesahan modul diuji dengan menggunakan kesahan kandungan (content validitY). Kesahan kandungan telah dilakukan oleh dua orang konsultan yang pakar dalam bidang stres dan kumpulan penyelidik. Kedua-dua ahli konsultan ini telah meneliti dan menyemak modul yang dihasilkan oleh kumpulan penyelidik. Selain ahli konsultan, kesahan kandungan juga disemak oleh kumpulan penyelidik yang pakar dalam bidang stres, pengukuran, keluarga, dan pendidikan. Seramal 137 subjek terdiri daripada wan ita luar bandar di Sabah dan Semenanjung telah dijadikan sebagai subjek kajian. Data yang telah dikutip telah dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif yang melaporkan profil demografi dan tahap stres yang dialami responden. Ujian ANOVA sehala sam pel bebas digunakan bagi menguji perbezaan stres berdasarkan etnik. Bagi mengenal pasti perbezaan stres berdasarkan lokasi iaitu Sabah dan Semenanjung, analisis ujian-t sam pel bebas digunakan. Analisis ujian-t berulangan pula digunakan untuk mengenalpasti tahap stres wanita luar bandar sebelum dan selepas latihan pengurusan stres berdasarkan Modul Pengurusan Stres Wanita Luar Bandar dan juga membandingkan tahap stres wanita luar bandar antara kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen. Kesemua ujian statistik telah dianalisis dengan menggunakan program 'Statistical Package for the Social Sciences for Windows' (SPSS For Windows) versi 17.0. Hasil kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi stres (pre & post test) berdasarkan etnik bagi sam pel keseluruhan, sampel Sabah dan Semenanjung. Selain itu, dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi stres (pre dan post test) yang dialaml oleh wanita luar bandar di Sabah dan Semenanjung. Namun, hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi stres yang dialami oleh wanita luar bandar antara sebelum dan selepas menjalani rawatan (modul) latihan pengurusan stres. Hasil kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi stres yang dialami oleh wanita luar bandar antara sebelum dan selepas' menjalani rawatan (modul) latihan pengurusan stres bagi sam pel dl negeri Sabah. Hasil kajian lain menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi stres yang dialami oleh wanita luar bandar antara sebelum dan selepas menjalani rawatan (modul) latihan pengurusan stres bagi sampel di Semenanjung. Sementara itu, hasil kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi stres (pre test) yang dialami oleh wanita luar bandar antara kumpulan eksperimen dan kawalan bagi sampel keseluruhan. Sebaliknya, dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi stres (post stres) yang dialami oleh wanita luar bandar antara kumpulan eksperimen dan kawalan bagi sam pel keseluruhan. Akhir sekali, hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagl stres (post stres) yang dialami oleh wanita luar bandar antara kumpulan eksperimen dan kawalan bagi sampel keseluruhan, Sabah dan Semenanjung. Hasil daripada penilaian ke atas Modul Pengurusan Stres Wanita Luar Bandar, ahli konsultan telah memberi komen, pandangan dan saranan bagi memperbaiki kandungan modul. Seterusnya, kumpulan penyelidik telah membuat pembaikan mengikut komen dan saranan yang dikemukakan ·oleh ahli konsultan. Secara keseluruhannya, nilai kebolehpercayaan Cronbach Alpha bagi Modul Pengurusan Stres Wanita Luar Bandar berlingkar antara 0.782 hingga 0.942 bagi 11 aktiviti yang terkandung dalam modul. Nilai Cronbach Alpha yang tertinggi pada aktlviti 7 (Latihan Pernafasan) bernilai 0.942 dan nilai Cronbach Alpha yang terendah dicatat pada aktiviti 2 (Ehhh, saya pun stres juga) iaitu bernilai 0.782. Pekali Cronbach Alpha yang rendah pada aktiviti 4 dan 6 semasa kajian awal juga telah meningkat semasa kajian sebenar iaitu masing-masing dari 0.478 kepada 0.909 bagi aktiviti 1 dan dari 0.632 kepada 0.858 pada aktiviti 6. Sehubungan itu, kajian Pengurusan Stres Wanita Luar Bandar dari Pelbagai Etnik: Satu Pengujian Rawatan dan Penghasilan Modul Latihan berhasrat memberi penjelasan kepada pihak berwajib tentang status kesihatan psikologi golongan wanita luar bandar masa kini, khusus yang melibatkan perbezaan dari segi etnik, bangsa dan lokasi tempat tinggal iaitu di negeri Sabah dan Semenanjung Malaysia. Kajian ini juga menghasilkan sebuah Modul Pengurusan Stres Wanita Luar Bandar yang berfungsi sebagai alat latihan pengurusan stres yang boleh diamalkan oleh golongan tersebut dengan kaedah pemahan dan pelaksanaan yang mudah dan berkesan selaras dengan kesesuaian latar belakang kehidupan golongan tersebut. Semoga dengan adanya dapatan kajian yang sangat berinformasi ini, maka dapat membantu pihak berwajib dalam pelaksanaan dasar khususnya yang melibatkan kepentingan golongan wanita. Universiti Malaysia Sabah 2010 Research Report NonPeerReviewed text en https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/23217/1/Pengurusan%20stres%20wanita%20luar%20bandar%20dari%20pelbagai%20etnik.pdf Rosnah Ismail and Naimah Yusoff and Chua, Bee Seok and Ferlis Bahari and Nur Haziyanti Mohamad Khalid and Lailawati Madlan and Assis Kamu (2010) Pengurusan stres wanita luar bandar dari pelbagai etnik: satu pengujian rawatan dan penghasilan modul latihan. (Unpublished) |
score |
13.211869 |