Penilaian sumbangan hutan simpan bakau ke atas pembangunan sosio-ekonomi penduduk setempat di daerah Kudat,Sabah

Kajian ini dijalankan bagi mengetahui sumbangan Hutan Simpan Bakau terhadap. pembangunan sosio-ekonomi penduduk setempat di daerah Kudat, Sabah. Objektif kajian adaJah mengkaji sumbangan hutan secara utama dan tidak utama terhadap penduduk setempat dan untuk mengetahui kesedaran penduduk terhadap k...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Andy Russel Mojiol, Walter Lintangah, Julius Kodoh
Format: Research Report
Language:English
Published: Universiti Malaysia Sabah 2011
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/22795/1/Economic%20analysis%20of%20intercropping%20Orthosiphon%20Stamineus.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/22795/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan bagi mengetahui sumbangan Hutan Simpan Bakau terhadap. pembangunan sosio-ekonomi penduduk setempat di daerah Kudat, Sabah. Objektif kajian adaJah mengkaji sumbangan hutan secara utama dan tidak utama terhadap penduduk setempat dan untuk mengetahui kesedaran penduduk terhadap kepentingan hutan. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk menilai sumbangan hutan paya bakau melalui pengambilan pelbagai produk oleh penduduk setempat dalam nilai wang ringgit Sebanyak tiga buah kampung di pantai Kudat dan tiga buah kampung di Pulau Banggi telah dipilih dalam kajian ini. Kaedah soalselidik secara semi~berstruktur dengan bersemuka dengan responden telah dijalankan ke atas 60 buah isirumah di kawasan kajian. Hasil daripada kajian diketahui bahawa produk yang diambil terms daripada hutan bakau dapat dibahagikan kepada dua sumber utama iaitu sumber bukan kayu (Non-wood product) dan sumber berkayu (wood product). Antara produk bukan berkayu yang diperolebi ada Jab seperti ketam bakau (Scylla serrate), pelbagai jenis ikan bakau, lokan bakau (Geloina coaxans), dan pelbagaijenis siput (Cerithidea obtusa) merupakan sumber bukan berkayu yang diambil dari dalam kawasan hutan bakau. Kedua, produk berkayu adalah seperti kayu api (Rhizophoraceae), taninljamak (kulit kayu bakau), perasa dan pewarna (kulit tengar), kekacang (Avicennia) dan kayu cerucuk (Rhizophoraceae). Kam.i mendapati bahawa, produk bukan kayu menjana pendapatan tertinggi di daerah Kudat pada purata RM432.70 sebulan, manakaJa bagi produk. berkayu menyumbang kepada purata RM17S.00 bagi setiap isi rumah perbulan. Kajian itu juga mendedahkan bahawa 73 peratus daripada jumlah responden tergolong di bawah kumpulan penduduk miskin tegar dengan pendapatan bulanan kurang daripada RMSOO. Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati bahawa harga pasaran daripada basil hutan paya bakau di pantai Kudat lebih tinggi nilainya berbanding dengan kawasan Pulau Banggi. Ini disebabkan oleh kekerapan dan harga pasaran yang lebih tinggi di kawasan pantai Kudat. Bagaimanapun didapati bahawa sumbangan hutan paya bakau di kedua-dua kawasan kajian menunjukkan nilai yang menjadi punca pendapatan utama isirumah penduduk setempat. Diharapkan kajian ini akan menjadi rujukan dan perintis terhadap kajian~kajian lain dimasa akan datang terutama sekali di dalam menilai sumbangan hutan paya bakau terhadap penduduk di persekitarannya.