Sumber semulajadi dan kepentingannya terhadap sosioekonomi komuniti pesisir Pantai Timur Sabah.

Persoalan yang sering diutarakan berkait dengan sumber semula jadi pesisir pantai adalah tentang kemampuannya menyumbang kesejahteraan hidup masyarakat. Lazimnya, sumber semula jadi di pesisir bukan sahaja penting dalam menjana peningkatan ekonomi, tetapi juga sebagai sumber makanan, menjadi asas ke...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Maine Suadik, Fadzilah Majid Cooke, Ramzah Dambul, Jurry Foo
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Malaysia Sabah 2015
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/22284/1/Sumber%20semulajadi%20dan%20kepentingannya%20terhadap%20sosioekonomi%20komuniti%20pesisir%20Pantai%20Timur%20Sabah.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/22284/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Persoalan yang sering diutarakan berkait dengan sumber semula jadi pesisir pantai adalah tentang kemampuannya menyumbang kesejahteraan hidup masyarakat. Lazimnya, sumber semula jadi di pesisir bukan sahaja penting dalam menjana peningkatan ekonomi, tetapi juga sebagai sumber makanan, menjadi asas kepada pengukuhan hubungan sosial dan jaringan keselamatan antara penduduk, serta berguna dalam aktiviti penyembuhan penyakit dan ritual tradisional. Justeru, artikel ini membincangkan kepentingan sumber semula jadi di pesisir pantai timur Sabah terhadap kehidupan sosioekonomi masyarakat di kawasan tersebut. Kajian bersifat kualitatif telah dilakukan melalui kaedah temu bual berstruktur menggunakan borang soal selidik terhadap seramai 411 orang responden. Turut dilaksanakan ialah temu bual mendalam (in-depth interview) dan pemerhatian. Dapatan kajian menunjukkan sumber semula jadi (flora dan fauna) di pesisir pantai timur Sabah sememangnya mempunyai pelbagai kepentingan. Sumber tersebut bukan sahaja berjaya memacu peningkatan ekonomi komuniti nelayan tetapi juga berguna dalam konteks kehidupan sosial mereka.