Kepekatan pestisid organoklorin pada spesies ikan Pangasius sp. dan Kryptopterus parvanalis di Sungai Kinabatangan

Sebanyak 28 sampel organ ikan (hari dan tisu otot) digunakan untuk menentukan kepekatan pestisid organoklorin dalam ikan. Selain itu, kajian ini juga menumpukan kepada hubungkait antara kepekatan ikan dan saiz ikan. Tujuan lain kajian ini turut membandingkan kepekatan pestisid organoklorin dengan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Bibi Noorarlijannah Mohammad Ali
Format: Academic Exercise
Language:English
Published: 2008
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20696/1/Kepekatan%20pestisid%20organoklorin.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20696/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Sebanyak 28 sampel organ ikan (hari dan tisu otot) digunakan untuk menentukan kepekatan pestisid organoklorin dalam ikan. Selain itu, kajian ini juga menumpukan kepada hubungkait antara kepekatan ikan dan saiz ikan. Tujuan lain kajian ini turut membandingkan kepekatan pestisid organoklorin dengan had piawai berdasarkan Akta Makanan 1983. Spesies ibn yang digunakan untuk kajian ini adalah Pangasius sp. dan Kryptopterus parvanalis. Persampelan dilakukan sebanyak dua kali iaitu pada musim kemarau dan musim tengkujuh di Sungai Kinabatangan. Sebanyak 1 hingga 2 g sampel ditumbuk sehingga hancur dan diekstrak dengan Soxhlet dan menggunakan campuran heksana dan aseton (9:1) sebagai pelarut pengestrak. Gas kromatografi-jisim spektrometri (GC-MS) digunakan untuk menganalisis sampel bagi menentukan kepekatan pestisid organoklorin dalam ikan. Namun begitu, keputusan analisis menunjukkan pestisid organoklorin adalah berada di bawah had pengesanan (O.2ppm). Maka, tiada perkaitan antara kepekatan pestisid organoklorin dan saiz bagi kajian ini disebabkan kepekatan di bawah had pengesan. Melalui kajian ini, ikan di Stmgai ini juga dapat disimpulkan sebagai selamat dimakan kerana tidak melebihi had piawai Akta Makanan 1983. Namun, keputusan analisis menunjukkan kehadiran pelbagai sebatian alifatik hidrokarbon pada tahap yang tinggi. Sebatian ini boleh memudaratkan organisma akuatik dan seterusnya mengganggu ekosistem.