Kesan kinetin dan asid giberelik terhadap pengekalan klorofil dalam Kai Lan
Kajian dijalankan bagi mengkaji dan menilai keberkesanan hormon (kinetin dan asid giberelik) dalam melambatkan proses kelayuan dan senesen dalam sayur Kai Lan (Brassica oleraceae) melalui proses pengekalan klorofil (kehijauan). Dalam kajian ini, kepekatan hormon kinetin dan asid giberelik dimanip...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Academic Exercise |
Language: | English |
Published: |
2008
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20174/1/Kesan%20kinetin%20dan%20asid%20giberelik.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20174/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian dijalankan bagi mengkaji dan menilai keberkesanan hormon (kinetin dan asid
giberelik) dalam melambatkan proses kelayuan dan senesen dalam sayur Kai Lan
(Brassica oleraceae) melalui proses pengekalan klorofil (kehijauan). Dalam kajian ini,
kepekatan hormon kinetin dan asid giberelik dimanipulasikan untuk menilai jumlah
kandungan klorofil bagi sayur Kai Lan selepas seminggu dalam simpanan. Sayur Kai Lan
yang barn dituai dibeli terus daripada pasar di Tuaran. Sampel sayur Kai Lan itu
kemudiannya dibahagikan kepada 17 rawatan. Selepas seminggu dalam simpanan, setiap
sampel dikeluarkan, warna daun dinilai dengan menggunakan mata kasar dan jumlah
kandungan klorofilnya ditentukan dengan menggunakan spektrofotometer. Kinetin
dengan jumlah kepekatan 10 mg⁻¹ merupakan rawatan yang terbaik dengan pengekalan
jumlah kandungan klorofil yang paling tinggi (27.23 mg⁻¹
). Antara kesemua rawatan,
sampel no. 7 yang mengandungi asid giberelik (10 mg⁻¹) menunjukkan perubahan warn a
yang paling ketara, daripada hijau kepada kuning. Sampel no. 8 mencatatkan jumlah
kandungan klorofil a yang tertinggi (14.24 mg⁻¹). Manakala rawatan kawalan
mencatatkan jumlah kandungan klorofil b yang tertinggi (7.31 mg⁻¹). Kombinasi hormon
yang terbaik untuk proses pengekalan klorofil ialah sam pel no. 8 dengan jumlah
pengekalan klorofil sebanyak 25 .69 mg⁻¹. |
---|