Kajian mengenai skala pengkolonian Ganoderma menggunakan analisa ergosterol dan intensiti penyakit reput pangkal kelapa sawit
Dalam kajian ini, tisu batang kelapa sawit diambil secara steril menggunakan mata gerudi yang dicelup dalam 70% etanoI. Penskoran simtom luaran dan 0 hingga 3 untuk pokok kelapa sawit yang telah dijangkiti penyakit reput pangkal telah dibuat berdasarkan kepada skala yang telah diwujudkan. Pengeks...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Academic Exercise |
Language: | English |
Published: |
2014
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19480/1/Kajian%20mengenai%20skala%20pengkolonian.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19480/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Dalam kajian ini, tisu batang kelapa sawit diambil secara steril menggunakan mata
gerudi yang dicelup dalam 70% etanoI. Penskoran simtom luaran dan 0 hingga 3
untuk pokok kelapa sawit yang telah dijangkiti penyakit reput pangkal telah dibuat
berdasarkan kepada skala yang telah diwujudkan. Pengekstrakan ergosterol telah
dibuat untuk semua sampel dan telah disuntik ke dalam Sistem Kromatografi Cecair
Prestasi Tinggi (HPlC) untuk mengira kuantiti ergosterol dalam tisu batang kelapa
sawit. Ergosterol tidak dikesan dalam ekstrak tisu batang kelapa sawit yang sihat
yang termasuk dalam Skor 0 (sihat) manakala kehadiran ergosterol dikesan dalam
ekstrak tisu batang kelapa sawit yang dijangkiti penyakit yang tergolong dalam Skor
1 (sederhana sihat), Skor 2 (sederhana teruk) dan Skor 3 (sangat teruk). Hubungkait
antara kuantiti ergosterol dengan skor simtom luaran menunjukkan bahawa purata
kepekatan ergosterol semakin meningkat apabila tahap intensiti penyakit meningkat.
Perkaitan ini diana lisa menggunakan perisian Microsoft: Excel versi 2007 dan IBM
SPSS Statistics 20. Pemencilan kulat telah dilakukan menggunakan Media Pemilihan
Ganoderma (GSM) sebagai kaedah pengesahan kerana GSM bersifat pemilih dengan
membenarkan pertumbuhan kulat Ganoderma sahaja. Kulat yang menyebabkan
penyakit reput pangkal kelapa sawit dalam kawasan kajian adalah Ganoderma
boninense. |
---|