Kajian perbandingan keluaran tenaga suria fotovoltan antara sistem panel tetap dan sistem panel berpenjejak
Tenaga elektrik memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian. Hal ini telah menyebabkan para penyelidik berusaha mencari sumber alternatif bagi menjana kuasa elektrik menggantikan kebergantungan terhadap sumber asli yang semakin berkurangan. Pelbagai kajian telah dibuat sehingga membawa kep...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Academic Exercise |
Language: | English |
Published: |
2015
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18960/1/Reka%20bentuk%20model%20penghalang.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18960/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Tenaga elektrik memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian. Hal ini telah
menyebabkan para penyelidik berusaha mencari sumber alternatif bagi menjana kuasa
elektrik menggantikan kebergantungan terhadap sumber asli yang semakin
berkurangan. Pelbagai kajian telah dibuat sehingga membawa kepada penemuan tenaga
solar. Tenaga solar adalah sumber berkekalan, mesra alam dan boleh ditukar menjadi
tenaga elektrik dengan menggunakan panel fotovoltek. Panel ini boleh dipasang dalam
dua jenis sistem iaitu sistem panel tetap dan digunakan dalam sistem panel berpenjejak.
Kecekapan sistem panel tetap adalah rendah kerana panel akan condong pada sudut
tetap berbanding sistem panel berpenjejak iaitu dibuat untuk bergerak sama ada dalam
paksi tunggal atau dua paksi. Sistem paksi tunggal, panel digerakkan dari arah timur ke
barat mengikut kedudukan matahari dan mempunyai kecekapan yang lebih baik
daripada panel tetap. Sistem dwi paksi pula panel dibuat untuk bergerak dalam empat
arah mengikut matahari. Laporan ini membandingkan jumlah pengeluaran tenaga
daripada kedua-dua sistem panel. Sistem panel berpenjejak lebih efisyen daripda sistem
panel tetap kerana mampu menghasilkan keluaran tenaga elektrik yang optimum |
---|