Tahap kepuasan, masalah dan cadangan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dan kemudahan taman tema: kajian kes di taman tema I-City, Shah Alam
Keunikan dan kelainan konsep taman cahaya yang ditawarkan oleh Taman Tema I-City di Shah Alam menjadikan ia salah satu taman tema yang menjadi tumpuan pengunjung dalam dan luar negara. Dalam konteks Malaysia, penyelidikan terhadap isu berkaitan dengan taman tema adalah masih kurang dan terbatas. U...
Saved in:
Main Authors: | , , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
2016
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18772/1/Tahap%20kepuasan%20masalah%20dan%20cadangan%20untuk%20meningkatkan%20kualiti%20perkhidmatan%20dan%20kemudahan%20taman%20tema.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18772/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Keunikan dan kelainan konsep taman cahaya yang ditawarkan oleh Taman Tema I-City di Shah Alam menjadikan
ia salah satu taman tema yang menjadi tumpuan pengunjung dalam dan luar negara. Dalam konteks Malaysia,
penyelidikan terhadap isu berkaitan dengan taman tema adalah masih kurang dan terbatas. Untuk itu, kajian ini
meneliti sejauh mana tahap kepuasan pengunjung ketika melawat taman tema tersebut, seterusnya meneliti
masalah yang mereka hadapi serta cadangan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dan kemudahan di Taman
Tema I-City Shah Alam. Kajian ini melibatkan temu bual menggunakan borang soal selidik, temu bual
mendalam, temu bual tidak langsung, pemerhatian dan pengalaman ikut serta. Kajian ini membabitkan 60 orang
responden dengan profil responden 57% bujang, 58% berbangsa Melayu, majoritinya bekerja di sektor swasta
dan pelajar, berkunjung bersama keluarga, menggunakan kereta persendirian dan tidak menginap di kemudahan
penginapan berdekatan. Hasil kajian mendapati responden berpuas hati dengan tahap kebersihan dan keceriaan
persekitaran taman tema dengan skor min 3.60 serta kedudukan dan lokasi taman tema tersebut (3.52). Namun
begitu, kepuasan responden majoritinya sederhana untuk aspek lain, antaranya sistem pengurusan keseluruhan
(3.38), kemudahan tandas (3.37), kemudahan tong sampah (3.37), kemudahan papan tanda (3.25), tahap
keselamatan (3.23), gerai makanan dan minuman (3.08) serta kemudahan pendidikan dan pembelajaran (2.93).
Antara masalah utama yang dihadapi oleh pengunjung ialah kemudahan asas yang kurang terutamanya surau,
tempat letak kenderaan serta kemudahan untuk orang kurang upaya (OKU), warga emas dan kanak-kanak. Selain
itu, harga tiket permainan, makanan, minuman dan tempat letak kenderaan yang agak mahal serta masalah
kesesakan lalu-lintas. Sehubungan itu, beberapa langkah penambahbaikan perkhidmatan dan kemudahan
dicadangkan seperti menyediakan kemudahan asas yang lebih lengkap dan menyeluruh untuk setiap lapisan
masyarakat dan umur, pemberian diskaun untuk tiket permainan, mempertingkatkan sistem pengurusan dan
pengendalian teknikal serta meningkatkan tahap keselamatan. Untuk itu, pihak pemegang taruh khususnya pihak
berkuasa tempatan dan syarikat pengendali taman tema perlu lebih prihatin dan proaktif untuk memastikan kualiti
perkhidmatan dan kemudahan taman tema I-City sentiasa berada pada tahap yang terbaik. |
---|