Beban tugas dengan kualiti pengajaran dalam kalangan guru penolong kanan di sekolah rendah Papar Sabah
Kajian yang dijalankan ini adalah satu kajian kuantitatif yang mengkaji hubungan beban tugas akademik serta beban tugas bukan akademik dengan kualiti pengajaran dalam kalangan Guru Penolong Kanan (GPK) sekolah rendah di daerah Papar, Sabah. Kajian ini juga bertujuan untuk melihat pengaruh beban t...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2014
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18752/1/Beban%20tugas%20dengan%20kualiti.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18752/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian yang dijalankan ini adalah satu kajian kuantitatif yang mengkaji hubungan
beban tugas akademik serta beban tugas bukan akademik dengan kualiti
pengajaran dalam kalangan Guru Penolong Kanan (GPK) sekolah rendah di daerah
Papar, Sabah. Kajian ini juga bertujuan untuk melihat pengaruh beban tugas
akademik dan bukan akademik tersebut terhadap kualiti pengajaran guru.
Responden yang terlibat dalam kajian ini adalah terdiri daripada 117 orang guru
penolong kanan di 39 buah sekolah rendah di daerah Papar, Sabah. Instrumen
yang digunakan adalah berbentuk borang soal selidik. Terdapat empat persoalan
kajian yang dikemukakan oleh pengkaji. Data kajian dianalisis menggunakan
statistik deskriptif dan statistik inferensi. 8agi menentukan sama ada terdapat
hubungan yang signifikan beban tugas akademik dan bukan akademik dengan
kualiti pengajaran, korelasi pearson telah digunakan. Dapatan kajian ini
menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara beban tugas akademik
dengan kualiti pengajaran guru (r=0.207*). Manakata, dapatan kajian mendapati
tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara beban tugas bukan akademik
dengan kualiti pengajaran guru (r= 0.052). Setain itu, dapatan kajian juga
mendapati bahawa terdapat pengaruh yang signifikan beban tugas akademik
terhadap kualiti pengajaran, maka hipotesis not ditotak. Manakala, dapatan kajian
juga menunjukkan bahawa tidak terdapat pengaruh yang signifikan beban tugas
bukan akademik terhadap kualiti pengajaran. Maka, hipotesis nol gagal ditolak.
Dapatan kajian ini dijangka akan memberi manfaat kepada pengkaji, sekolah dan
kepada pihak yang berkenaan termasuk Kementerian Pendidikan Malaysia. |
---|