Pola meminum alkohol keluarga, tahap pengetahuan alkohol dan pelanggaran disiplin. kajian perbandingan pelajar bandar dengan luar bandar dari suku kaum Dusun di Sabah
Objektif kajian ini ialah untuk menentukan adakah terdapat perbezaan pola meminum alkohol keluarga, tahap pengetahuan tentang alkohol pelajar dan kes pelanggaran disiplin sekolah oleh pelajar lelaki dari suku kaum Dusun (SKD) antara yang bersekolah di bandar dengan di luar bandar. Kajian dibuat d...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2005
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18732/1/Pola%20meminum%20alkohol.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18732/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Objektif kajian ini ialah untuk menentukan adakah terdapat perbezaan
pola meminum alkohol keluarga, tahap pengetahuan tentang alkohol pelajar
dan kes pelanggaran disiplin sekolah oleh pelajar lelaki dari suku kaum Dusun
(SKD) antara yang bersekolah di bandar dengan di luar bandar. Kajian dibuat di
lima buah sekolah menengah di Pantai Barat Selatan, Sabah. Soal selidik
digunakan sebagai alat kajian. Seramai 60 orang responden yang terdiri daripada
pelajar lelaki dad suku kaum Dusun yang berada dalam tingkatan empat telah
dijadikan sampel. Semua responden telah dikenal pasti terlibat dengan
penyalahgunaana lkohol. Soal selidik mengandungi4 6 soalan dan dibahagikan
kepada 4 bahagian iaitu : 1) demografi pelajar, 2) pola meminum alkohol
keluarga pelajar, 3) tahap pengetahuan alkohol pelajar dan, 4) kes pelanggaran
disiplin sekolah pelajar. Data dianalisa menggunakan SPSS versi 10.0.
Pembuktian semua hipotesis adalah menggunakan Independent - Samples T-Test. Untuk Hipotesis Nul yang pertama iaitu tidak terdapat perbezaan yang
signifikan pola meminum alkohol keluarga antara pelajar lelaki dad suku kaum
Dusun yang bersekolah di bandar dengan yang bersekolah di luar bandar, aras
signifikannya ialah sebesar 0.000. Memandangkan kebarangkalian berlakunya
fenomena tersebut adalah kecil (kurang dad 0.025 atau 2.5 peratus), maka
wujud perbezaan min yang signifikan. Dengan erti kata lain, Hipotesis Nul
ditolak. Dapatan untuk Hipotesis Nul yang kedua iaitu tidak terdapat perbezaan
yang signifikan tahap pengetahuan tentang alkohol antara pelajar lelaki suku
kaum Dusun yang bersekolah di bandar dengan yang bersekolah di luar bandar,
aras signifikannya ialah 0.026. Memandangkan kebarangkalian berlakunya
fenomena adalah tinggi (lebih dari 0.025 atau 2.5 peratus), maka tidak wujud
perbezaan min yang signifikan. Dengan erti kata lain, Hipotesis Nul diterima.
Ujian ke atas Hipotesis Nul yang ketiga iaitu tidak terdapat perbezaan yang
signifikan kes pelanggaran disiplin sekolaha ntara pelajar lelaki dari suku kaum
Dusun yang bersekolah di bandar dengan yang bersekolah di luar bandar, aras
signifikannya pula ialah 0.003. Memandangkan kebarangkalian berlakunya
fenomena adalah kecil ( lebih dad 0.025 atau 2.5 peratus ), maka wujud
perbezaan min yang signifikan. Dengan erti kata lain, Hipotesis Nul ditolak. |
---|