Hubungan antara kepemimpinan pengajaran guru dengan efikasi guru dalam kalangan guru Sekolah menengah di daerah Sandakan, Sabah

Kajian ini bertujuan mengkaji hubungan antara kepemimpinan pengajaran guru dengan efikasi guru dalam kalangan guru-guru di enam buah sekolah menengah daerah Sandakan Sabah. Kajian ini juga ingin melihat skor min tahap kepemimpinan pengajaran guru dan efikasi guru serta komponennya di samping meng...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Zufaini Karim
Format: Thesis
Language:English
Published: 2013
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18719/1/Hubungan%20antara%20kepemimpinan.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18719/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan mengkaji hubungan antara kepemimpinan pengajaran guru dengan efikasi guru dalam kalangan guru-guru di enam buah sekolah menengah daerah Sandakan Sabah. Kajian ini juga ingin melihat skor min tahap kepemimpinan pengajaran guru dan efikasi guru serta komponennya di samping mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan skor min tahap kepemimpinan pengajaran guru dan efikasi guru berdasarkan pengalaman mengajar dan kelayakan lkhtisas guru. Kajian melibatkan 216 orang responden yang terdiri daripada guru-guru terlatih. Kajian ini berbentuk deskriptif statistik dan menggunakan item soal selidik kepemimpinan pengajaran guru yang pernah digunakan oleh Mohd. Khairuddin (2010) dan mengandungi empat komponen iaitu pengurusan kurikulum, pengurusan pengajaran, iklim pembelajaran bilik darjah dan pemantauan kemajuan murid yang merangkumi 46 item. Manakala instrumen Teacher Sense of Efficacy Scale (TSES) yang dibangunkan oleh Tschannen-Moran dan Woolfolk-Hoy (2001), terbahagi kepada tiga demensi, iaitu penglibatan murid ( mengukur kesungguhan guru dalam memberi dorongan kepada murid), strategi pengajaran(kesungguhan guru dalam memberi kefahaman kepada murid), dan pengurusan kelas (kesungguhan guru dalam mengawal kelas) digunakan untuk mengkaji tahap efikasi guru. Instrumen ini mengandungi 12 item. Nilai pekali Alpha Cronbach untuk kajian ini ialah 0.961 untuk kepemimpinan pengajaran guru dan 0.929 untuk efikasi guru. Kajian ini dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social science (SPSS) versi 19.0. Statistik deskriptif seperti frekuensi, peratusan dan min serta sisihan piawai digunakan dalam kajian ini. Selain itu analisis menggunakan korelasi Pearson dan ANOVA sehala bagi menguji hipotesis kajian. Hasil kajian menunjukkan tahap keseluruhan kepemimpinan pengajaran guru dan efikasi berada pada tahap yang tinggi. Manakala kajian juga mendapati terdapatnya hubungan yang signifikan antara kepemimpinan pengajaran guru dengan efikasi guru secara keseluruhannya dan mengikut komponen dan dimensi. Didapati juga terdapatnya perbezaan min yang signifikan kepemimpinan pengajaran guru dan efikasi guru berdasarkan pengalaman mengajar dan kelayakan ikhtisas guru.