Hubungan antara kepuasan kerja dengan motivasi guru sekolah menengah di daerah Sandakan
Kajian ini bertujuan melihat hubungan antara kepuasan kerja guru dengan motivasi kerja guru. Bagi pembolehubah antara kepuasan kerja guru akan dilihat dari dimensi bidang tugas, dimensi penghargaan dan dimensi penilaian kendiri manakala pembolehubah motivasi dengan kerja guru dilihat dart dimens...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2013
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18700/1/Hubungan%20antara%20kepuasan%20kerja.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18700/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan melihat hubungan antara kepuasan kerja guru
dengan motivasi kerja guru. Bagi pembolehubah antara kepuasan kerja
guru akan dilihat dari dimensi bidang tugas, dimensi penghargaan dan
dimensi penilaian kendiri manakala pembolehubah motivasi dengan kerja
guru dilihat dart dimensi peningkatan pencapalan profesional, dimensi
persaingan kerja dan dimensi mencuba kemahiran baru. Kajian IN juga
turut mengambil kira perbezaan kepuasan kerja guru berdasarkan faktor
demografi dart aspek jantina, status perkahwinan, gaji, penga(aman
mengajar dan lokasi sekolah. Seramai 297 orang responden daripada lima
buah sekolah yang dipilih secara rawak mudah terlibat dalam kajian ini
melibatkan guru lelaki dan perempuan yang berbeza status perkahwinan,
gaji dan pengalaman mengajar yang terdiri daripada guru yang bertugas di
bandar dan luar bandar. Nilai kebolehpercayaan instrumen yang digunakan
lalah 0.922. Data yang diperoleh telah dianaiisis dan diinterprestasi
menggunakan perisian Statistical Package for Social Science 10.1 (SPSS
Versi 10.1). Analisis deskriptif melibatkan frekuensi, peratusan, min dan
sisihan piawai bagi mendapatkan perbezaan faktor demografi responden
manakala statistik inferensi yang digunakan talah ujian-tdan ANOVA untuk
melihat perbezaan, dan ujian korelasi digunakan untuk melihat
perhubungan bagi pembolehubah-pembolehubah yang teriibat. Dapatan
yang diperolehi dalam kajian ini menunjukkan tidak terdapat perbezaan
yang signifikan kepuasan kerja guru berdasarkan faktor demografi laitu
jantina (t = . 494, p>. 05), status perkahwinan (t = -. 655, p>. 05), lokasi
sekolah (t = -. 078, p>. 05), gaji (f = 1.240, p>. 05) dan pengalaman
mengajar (f = 1.002, p>. 05). Namun begitu, berdasarkan ujian korelasi,
didapati terdapat hubungan yang signifikan antara kepuasan kerja guru
dengan motivasi guru berdasarkan dimensi-dimensi yang dipilih iaitu
dimensi bidang tugas dengan motivasi peningkatan profesional (r = . 487),
dimensi penghargaan dengan motivasi persaingan kerja (r = . 329), dimensi penilaian dengan motivasi mencuba kemahiran baru (r = . 342).
Berdasarkan dapatan kajian ini, kepuasan kerja dan motivasi guru adalah
sating berkaitan dan harus bijak ditangani agar para guru dapat
meningkatkan kredibiliti dan ketrampilan dalam menjalankan tugas sebagai
pendidik. Oleh itu, warga guru perlu bersama-sama menggalas
tanggungjawab bagi memastikan peningkatan kepuasan kerja dan motivasi
guru dalam segenap dimensi, pemantauan dan penambahbaikan haruslah
dilakukan secara berterusan. |
---|