Perbandingan populasi kumbang tanduk (Oryctes Rhinoceros) antara pokok kelapa sawit muda <5 tahun) dan matang (>10 tahun) di Sg. Batang, Sandakan,Sabah
Larva dan kumbang badak dewasa merupakan salah satu daripada perosak tanaman kelapa sawit yang utama. Objektif kajian ini ialah untuk membandingkan populasi kumbang badak antara ladang kelapa sawit muda «5 tahun) dan matang (>10 tahun). Penyampelan kumbang badak (dewasa dan larva) telah dijalanka...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Academic Exercise |
Language: | English |
Published: |
2016
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18598/1/Perbandingan%20populasi%20kumbang%20tanduk.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18598/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Larva dan kumbang badak dewasa merupakan salah satu daripada perosak tanaman kelapa sawit yang utama. Objektif kajian ini ialah untuk membandingkan populasi kumbang badak antara ladang kelapa sawit muda «5 tahun) dan matang (>10 tahun). Penyampelan kumbang badak (dewasa dan larva) telah dijalankan selama tujuh belas hari berturut-turut dari 29 Jun sehingga 15 Julai 2015 pada kawasan ladang kelapa sawit berhampiran dengan Fakulti Pertanian lestari, UM5 di 5g. Satang, Sandakan. Sebanyak tiga perangkap feromon dan sepuluh kuadrat bersaiz 1 m x 1 m masing-masing telah dipasang di dua ladang kelapa sawit tersebut. Sebanyak 263 individu kumbang tanduk dewasa telah berjaya disampel dalam kajian ini dan populasi kumbang tanduk dewasa adalah lebih tinggi pada pokok kelapa sawit muda (N=196) berbanding pokok matang (N=67). Populasi larva kumbang pada pokok kelapa sawit muda (N=494) adalah lebih tinggi berbanding pokok matang (N=160). Terdapat berbezaan beerti di antara populasi larva kumbang diantara dua ladang tersebut. |
---|