Pengetahuan, sikap dan amalan penduduk terhadap pengurusan sampah di kawasan pedalaman: kajian kes di Kampung Pantai Buring Sugut, Beluran
Kajian ini mengkaji tentang pengetahuan, sikap dan amalan penduduk terhadap pengurusan sampah di kawasan pendalaman yang dijalankan di Kampung Pantai Buring Sugut, Beluran serta mengkaji hubungan di antara pemboleh ubah yang ada. Kajian ini dijalankan dengan pengedaran borang soal selidik yang be...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Academic Exercise |
Language: | English |
Published: |
2016
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17669/1/Pengetahuan%2C%20sikap%20dan%20amalan%20penduduk.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17669/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini mengkaji tentang pengetahuan, sikap dan amalan penduduk terhadap
pengurusan sampah di kawasan pendalaman yang dijalankan di Kampung Pantai
Buring Sugut, Beluran serta mengkaji hubungan di antara pemboleh ubah yang ada.
Kajian ini dijalankan dengan pengedaran borang soal selidik yang berkaitan dengan
pengetahuan, sikap dan amalan terhadap pengurusan sampah untuk pengumpulan
data. Sebanyak 130 borang soal selidik yang telah diedarkan kepada penduduk di
Kampung Pantai Buring secara rawak, tetapi hanya 126 borang soal selidik yang
dapat digunakan kerana hanya 126 borang soal selidik yang dikembalikan dan dapat
digunakan. Data yang telah didapati dianalisis menggunakan frekuensi, peratusan,
min dan korelasi. Dapatan kajian menunjukkan penduduk mempunyai pengetahuan
terhadap kesan pengurusan sampah yang tidak betul terhadap kesihatan. Penduduk
juga menunjukkan sikap yang positif terhadap pengurusan sampah. Selain itu,
majoriti penduduk juga menunjukkan amalan yang positif berkaitan dengan
pengurusan sampah. Tahap pendidikan pula mempunyai hubungan yang sangat
lemah dengan pengetahuan terhadap kesan pengurusan sampah. Terdapat
hubungan yang sangat lemah di antara umur dengan sikap terhadap pengurusan
sampah. Hasil kajian juga mendapati terdapat hubungan yang lemah di antara tahap
pendidikan dengan amalan berkaitan dengan pengurusan sampah. Berdasarkan
dapatan kajian ini, dapat dilihat beberapa faktor yang mempengaruhi aspek yang
dikaji. |
---|