Hubungan kualiti penyeliaan pengajaran dan pembelajaran dengan efikasi guru sekolah rendah
Penyeliaan pengajaran dan pembelajaran merupakan bidang yang disarankan untuk dilaksanakan oleh pengetua/guru besar sebagai “Instructions Leader”. Ini sejajar dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 3/ 1987 yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang menitikberatkan bahawa penyeliaan p...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2013
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17609/1/Hubungan%20kualiti%20penyeliaan%20pengajaran%20Dan.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17609/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Penyeliaan pengajaran dan pembelajaran merupakan bidang yang disarankan untuk
dilaksanakan oleh pengetua/guru besar sebagai “Instructions Leader”. Ini sejajar dengan
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 3/ 1987 yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
yang menitikberatkan bahawa penyeliaan pengajaran dan pembelajaran adalah
tanggungjawab penuh pengetua atau guru besar di sesebuah sekolah. Melalui proses
penyeliaan pengetua/guru besar akan dapat melihat keadaan sebenar yang berlaku di bilikbilik
darjah dan diharap guru-guru dapat dibimbing, dapat mempertingkatkan prestasi
pengajaran dan dapat memupuk semangat untuk bekerja dengan lebih efektif. Oleh itu,
kajian ini dibuat untuk melihat perkaitan antara elemen-elemen kualiti penyeliaan dalam
pengajaran dan pembelajaran iaitu elemen pengetahuan, kemahiran interpersonal dan
kemahiran teknikal. Kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji hubungan antara kualiti
penyeliaan tersebut dengan efikasi guru. Di samping itu, pengkaji juga ingin mengenal pasti
bentuk dan amalan penyeliaan di sekolah kajian serta persepsi guru terhadap penyeliaan.
Kajran ini dijalankan secara tinjauan melalui soal selidik yang dilakukan ke atas 50 buah
sekolah rendah di daerah Papar yang dipilih secara rawak dengan 291 orang responden
yang terdiri daripada guru-guru sekolah rendah. Oapatan kajian menunjukkan terdapat
hubungan yang signifikan antara kualiti penyeliaan pengajaran dan pembelajaran dengan
efikasi guru (r= 0.30). Manakala hubungan antara ketuga-tiga elemen kualiti penyeliaan
juga berada tahap yang sangat kuat (r=0.90) iaitu pengetahuan dengan kemahiran
interpersonal. Perkaitan yang sederhana wujud antara pengetahuan dengan kemahiran
teknikal dan kemahiran teknikal dengan kemahiran interpersonal (r=0.78). Justeru, dapatan
ini menunjukkan semakin berkualiti sesuatu penyeliaan maka tahap efikasi dan persepsi
guru juga akan meningkat dan sekaligus merupakan pemangkin kepada keberkesanan
sesebuah sekolah. |
---|