Persepsi guru terhadap perkongsian sekolah dan keluarga dalam meningkatkan pendidikan anak-anak : satu kajian di daerah Tuaran
Kajian berbentuk deskriptif dan perkaitan ini dijalankan untuk mengenal pasti persepsi guru-guru terhadap konsep perkongsian pendidikan antara sekolah dan keluarga dalam meningkatkan prestasi akademik pelajar. Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen untuk mendapatkan persepsi guru-g...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2004
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17512/1/Persepsi%20guru%20terhadap%20perkongsian.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17512/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian berbentuk deskriptif dan perkaitan ini dijalankan untuk mengenal pasti
persepsi guru-guru terhadap konsep perkongsian pendidikan antara sekolah dan
keluarga dalam meningkatkan prestasi akademik pelajar. Kajian ini menggunakan
soal selidik sebagai instrumen untuk mendapatkan persepsi guru-guru terhadap (1)
konsep perkongsian pendidikan dan peranan sekolah dalam menggalakkan
penglibatan ibu bapa; (2) kaedah perkongsian yang digunakan oleh pihak sekolah;
(3) isu-isu yang dibincangkan antara ibu bapa dan pihak sekolah dan (4) tahap
penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak mereka di sekolah. Pemilihan
sampel melibatkan 5 buah sekolah menengah sekitar daerah Tuaran. Seramai 173
orang guru dipilih secara rawak sebagai responden kajian. Data di analisis
menggunakan perisian SPSS dengan merujuk kepada statistik deskriptif, ujian regresi
berganda dan ujian Korelasi Pearson. Hasil kajian mendapati bahawa majoriti
responden mempunyai persepsi yang tinggi terhadap konsep perkongsian
pendidikan. Bagi peranan sekolah dalam menggalakkan penglibatan ibu bapa
mengikut 6 model penglibatan ibu bapa oleh Epstein, responden mempunyai
persepsi yang tinggi terhadap tiga aktiviti yang menggalakkan penglibatan iaitu
aspek membuat keputusan, komunikasi dan sukarela. Ujian Korelasi Pearson
menunjukkan bahawa hubungan antara peranan sekolah dalam menggalakkan
perkongsian keluarga dan sekolah dengan peningkatan prestasi akademik adalah
negatif. Namun hubungan Ini adalah lemah. Bennakna hubungan antara persepsi
responden terhadap penglibatan ibu bapa dalam aspek membuat keputusan dan
sukarela tidak memberl kesan kepada peningkatan akademik pelajar. Kaedah
perkongsian dan isu-isu yang dibincangkan di antara sekolah dan ibu bapa juga tidak
mempengaruhl peningkatan akademik. Hanya isu berkaitan kaedah mengajar guru~
guru yang mempengaruhi peningkatan akademik. Jenis penglibatan yang paling
banyak memberi kesan kepada peningkatan akademik pelajar lalah perbincangan
dengan guru tentang pencapaian akademik anak-anak mereka. Guru-guru
menyatakan bahawa kaedah menulis mesej dalam buku kerja, melalui nota,
membuat temujanji dan melalui telefon sebagai kaedah yang paling banyak
digunakan oleh pihak sekolah dalam menlngkatkan prestasi akademik pelajar.
Dapatan kajian ini mencadangkan guru-guru mengamalkan sikap terbuka bagi
menggalakkan komunikasi dua hala dan penglibatan ibu bapa di sekolah. Walaupun
responden mempunyai persepsi yang tinggi terhadap konsep pendidikan namun
perlaksanaannya masih perlukan bimbingan dan usaha yang lebih bersungguh-sungguh
untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar. |
---|