Cadangan rekabentuk taman terapi di Rumah Warga tua Sri Harapan Sandakan

Kelemahan terhadap pengurusan persekitaran luar bangunan Rumah Warga Tua menjadi aspek utama dalam kajian terhadap cadangan merekabentuk taman di Rumah Warga Tua Sri Harapan Sandakan. Aspek keselamatan, keselesaan, dan terapi menjadi fokus utama dalam menghasilkan cadangan rekabentuk taman dengan m...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Marziah Ahmad
Format: Academic Exercise
Language:English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17401/1/Cadangan_rekabentuk_taman_terapi_di_Rumah.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17401/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kelemahan terhadap pengurusan persekitaran luar bangunan Rumah Warga Tua menjadi aspek utama dalam kajian terhadap cadangan merekabentuk taman di Rumah Warga Tua Sri Harapan Sandakan. Aspek keselamatan, keselesaan, dan terapi menjadi fokus utama dalam menghasilkan cadangan rekabentuk taman dengan mengambilkira kecenderungan pengguna taman yang terdiri daripada golongan-golongan tua. Kajian literasi terhadap taman-taman di hospital serta pusat-pusat penjagaan warga tua di beberapa buah Negara menjurus kepada cadangan rekabentuk taman terapi. Dengan menggabungkan hasil analisis serta soal selidik berkaitan taman terapi, ini dapat mengukuhkan lagi pemilihan rekabentuk taman terapi berkonsepkan tropika menjadi pilihan pengguna taman di Rumah Warga Tua Sri Harapan Sandakan. Hasil kajian inventori dan anal isis menunjukkan bahawa terdapat kelemahan dalam penyediaan kemudahan di ruang persekitaran luar bangunan di Rumah Warga Tua Sri Harapan Sandakan. Selain itu, ketiadaan elemen teduhan menjadikan persekitaran seakan-akan tidak berfungsi terutamanya pada waktu tengahari. Disebabkan itu juga, ruang persekitaran lebih bersifat pasif berikutan tiada aktiviti yang dapat dilakukan oleh penghuni dan kakitangan Rumah Warga Tua Sri Harapan Sandakan. Penambahan seperti pergola, pokok-pokok besar sebagai elemen teduhan serta tumbuhantumbuhan renek yang bertindak sebagai elemen penyejuk suhu diharapkan mampu memberi kesan visual semulajadi yang lebih menarik dan berfungsi untuk pengguna-pengguna taman. Pemilihan elemen-elemen landskap lembut dan kejur yang memberi kesan terapi adalah dari segi warna, bau, rasa dan bunyi turut menjadi pilihan dalam menghasilkan cadangan rekabentuk taman terapi di Rumah Warga Tua Sri Harapan. Seterusnya, pelan induk dan lukisan perspektif merupakan hasil kajian yang ditonjolkan bagi memberi impak yang lebih ketara terhadap rekabentuk taman terapi yang dicadangkan. Justeru, diharapkan dengan kajian ini dapat dijadikan sebagai panduan kepada mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta dalam melakukan pembaharuan bagi rekabentuk taman di persekitaran luar bangunan di pusat-pusat penjagaan warga tua di seluruh Malaysia. Selain itu, ianya juga dapat memberi manfaat dan keseciaran kepada masyarakat sekeliling agar sentiasa memberi perhatian kepada golongan tua seiring dengan wawasan Negara yang ingin membentuk rakyat Malaysia sebagai insan prihatin dan penyayang