Keberkesanan kaedah latihan biofeedback emwave terhadap prestasi membaca murid-murid linus di Sekolah Kebangsaan Jengka Batu 13, Chenor

Perlaksanaan Program LINUS oleh Kementerian Pendidikan Malaysia mula diperkenalkan pada 15 Januari 2010. LINUS merupakan satu program yang berfokus kepada intervensi awal iaitu daripada darjah 1 hingga darjah 3 bagi kemahiran literasi (membaca dan menulis) dan numerasi (mengira). Kajian lepas me...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Sapar, Maziah
Format: Thesis
Language:English
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/9447/1/CD8285.pdf
http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/9447/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my.ump.umpir.9447
record_format eprints
spelling my.ump.umpir.94472021-08-19T04:09:28Z http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/9447/ Keberkesanan kaedah latihan biofeedback emwave terhadap prestasi membaca murid-murid linus di Sekolah Kebangsaan Jengka Batu 13, Chenor Mohd Sapar, Maziah BF Psychology Perlaksanaan Program LINUS oleh Kementerian Pendidikan Malaysia mula diperkenalkan pada 15 Januari 2010. LINUS merupakan satu program yang berfokus kepada intervensi awal iaitu daripada darjah 1 hingga darjah 3 bagi kemahiran literasi (membaca dan menulis) dan numerasi (mengira). Kajian lepas menunjukkan bahawa tahap tumpuan yang rendah semasa proses pembelajaran, akan memberi kesan negatif terhadap pencapaian prestasi akademik murid. Kajian lepas juga menunjukkan bahawa kaedah latihan menggunakan teknik biofeedback berupaya membantu murid meningkatkan daya tumpuan dan mengurangkan gangguan semasa proses pembelajaran berlangsung. Untuk itu, kajian ini dilakukan adalah bertujuan untuk menentukan sejauh mana murid dapat menguasai kemahiran membaca menggunakan instrumen LINUS yang dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan berbantukan kaedah latihan biofeedback emwave. Kajian ini juga bertujuan untuk menentukan sejauh manakah murid dapat menguasai kaedah latihan biofeedback emwave seterusnya dapat mengaplikasikannya dalam meningkatkan daya tumpuan pembelajaran membaca LINUS Bahasa Melayu. Sejumlah 35 orang murid terlibat di dalam kajian dan mengambil bahagian untuk latihan biofeedback emwave. Murid yang dipilih sebagai sampel diperkenalkan dan dilatih dengan kaedah latihan biofeedback emwave. Pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan pendekatan ujian pra dan ujian pos di mana pelajar akan melalui lima sesi latihan biofeedback emwave, hasilnya digunakan untuk menentukan sejauh manakah peningkatan prestasi membaca murid-murid setelah mengikuti kaedah latihan. Data yang diperoleh telah dianalisis untuk menentukan perbezaan antara skor ujian pra dan ujian pos bagi sampel yang terlibat dalam kajian. Kajian mendapati berlaku peningkatan tahap penguasaan kemahiran membaca Bahasa Melayu. Peratus peningkatan adalah antara 54.3 peratus (Konstruk 12) hingga 81.5 peratus (Konstruk 8) bagi ujian satu dan bagi ujian dua pula peningkatan adalah antara 50 peratus (Konstruk 12) hingga 87.8 peratus (Konstruk 7). Kaedah latihan biofeedback ini juga telah berjaya dikuasai oleh murid dengan menunjukkan peningkatan pencapaian spektrum High Frequency (HF) dan penurunan bacaan pada spektrum Low Frequency (LF) dan spektrum Very Low Frequency (VLF) mereka. Kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara penguasaan kaedah latihan biofeedback emwave dengan peningkatan prestasi membaca murid. Diharap kaedah alternatif ini dapat dikembang dan diserapkan ke dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja bagi kemahiran membaca tetapi juga bagi kemahiran menulis dan mengira. 2013-10 Thesis NonPeerReviewed application/pdf en http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/9447/1/CD8285.pdf Mohd Sapar, Maziah (2013) Keberkesanan kaedah latihan biofeedback emwave terhadap prestasi membaca murid-murid linus di Sekolah Kebangsaan Jengka Batu 13, Chenor. Masters thesis, Universiti Malaysia Pahang .
institution Universiti Malaysia Pahang
building UMP Library
collection Institutional Repository
continent Asia
country Malaysia
content_provider Universiti Malaysia Pahang
content_source UMP Institutional Repository
url_provider http://umpir.ump.edu.my/
language English
topic BF Psychology
spellingShingle BF Psychology
Mohd Sapar, Maziah
Keberkesanan kaedah latihan biofeedback emwave terhadap prestasi membaca murid-murid linus di Sekolah Kebangsaan Jengka Batu 13, Chenor
description Perlaksanaan Program LINUS oleh Kementerian Pendidikan Malaysia mula diperkenalkan pada 15 Januari 2010. LINUS merupakan satu program yang berfokus kepada intervensi awal iaitu daripada darjah 1 hingga darjah 3 bagi kemahiran literasi (membaca dan menulis) dan numerasi (mengira). Kajian lepas menunjukkan bahawa tahap tumpuan yang rendah semasa proses pembelajaran, akan memberi kesan negatif terhadap pencapaian prestasi akademik murid. Kajian lepas juga menunjukkan bahawa kaedah latihan menggunakan teknik biofeedback berupaya membantu murid meningkatkan daya tumpuan dan mengurangkan gangguan semasa proses pembelajaran berlangsung. Untuk itu, kajian ini dilakukan adalah bertujuan untuk menentukan sejauh mana murid dapat menguasai kemahiran membaca menggunakan instrumen LINUS yang dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan berbantukan kaedah latihan biofeedback emwave. Kajian ini juga bertujuan untuk menentukan sejauh manakah murid dapat menguasai kaedah latihan biofeedback emwave seterusnya dapat mengaplikasikannya dalam meningkatkan daya tumpuan pembelajaran membaca LINUS Bahasa Melayu. Sejumlah 35 orang murid terlibat di dalam kajian dan mengambil bahagian untuk latihan biofeedback emwave. Murid yang dipilih sebagai sampel diperkenalkan dan dilatih dengan kaedah latihan biofeedback emwave. Pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan pendekatan ujian pra dan ujian pos di mana pelajar akan melalui lima sesi latihan biofeedback emwave, hasilnya digunakan untuk menentukan sejauh manakah peningkatan prestasi membaca murid-murid setelah mengikuti kaedah latihan. Data yang diperoleh telah dianalisis untuk menentukan perbezaan antara skor ujian pra dan ujian pos bagi sampel yang terlibat dalam kajian. Kajian mendapati berlaku peningkatan tahap penguasaan kemahiran membaca Bahasa Melayu. Peratus peningkatan adalah antara 54.3 peratus (Konstruk 12) hingga 81.5 peratus (Konstruk 8) bagi ujian satu dan bagi ujian dua pula peningkatan adalah antara 50 peratus (Konstruk 12) hingga 87.8 peratus (Konstruk 7). Kaedah latihan biofeedback ini juga telah berjaya dikuasai oleh murid dengan menunjukkan peningkatan pencapaian spektrum High Frequency (HF) dan penurunan bacaan pada spektrum Low Frequency (LF) dan spektrum Very Low Frequency (VLF) mereka. Kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara penguasaan kaedah latihan biofeedback emwave dengan peningkatan prestasi membaca murid. Diharap kaedah alternatif ini dapat dikembang dan diserapkan ke dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja bagi kemahiran membaca tetapi juga bagi kemahiran menulis dan mengira.
format Thesis
author Mohd Sapar, Maziah
author_facet Mohd Sapar, Maziah
author_sort Mohd Sapar, Maziah
title Keberkesanan kaedah latihan biofeedback emwave terhadap prestasi membaca murid-murid linus di Sekolah Kebangsaan Jengka Batu 13, Chenor
title_short Keberkesanan kaedah latihan biofeedback emwave terhadap prestasi membaca murid-murid linus di Sekolah Kebangsaan Jengka Batu 13, Chenor
title_full Keberkesanan kaedah latihan biofeedback emwave terhadap prestasi membaca murid-murid linus di Sekolah Kebangsaan Jengka Batu 13, Chenor
title_fullStr Keberkesanan kaedah latihan biofeedback emwave terhadap prestasi membaca murid-murid linus di Sekolah Kebangsaan Jengka Batu 13, Chenor
title_full_unstemmed Keberkesanan kaedah latihan biofeedback emwave terhadap prestasi membaca murid-murid linus di Sekolah Kebangsaan Jengka Batu 13, Chenor
title_sort keberkesanan kaedah latihan biofeedback emwave terhadap prestasi membaca murid-murid linus di sekolah kebangsaan jengka batu 13, chenor
publishDate 2013
url http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/9447/1/CD8285.pdf
http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/9447/
_version_ 1709667567200632832
score 13.211869