Peranan kesultanan dan pembesar melayu dalam melestarikan kedaulatan watan
Kesultanan Melayu mengikut adat Melayu bersifat syura yang terdiri daripada raja pemerintah dan para pembesar yang mendukung kedaulatan watannya. Dalam kewilayahan yang lebih besar Kesultanan Melayu Melaka yang kemudiannya dilestarikan warisannya oleh Kesultanan Johor-Pahang-Riau Lingga, Kesultanan...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | Malay Malay |
Published: |
Perbadanan Muzium Negeri Pahang
2024
|
Subjects: | |
Online Access: | http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/40306/2/Prosiding%20Kolokium%20Daulat%20Tuanku%20Kepimpinan%20Tradisional%20dalam%20Institusi%20Kesultanan%20Melayu%20%28Intro%29.pdf http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/40306/3/Prosiding%20Kolokium%20Daulat%20Tuanku%20Kepimpinan%20Tradisional%20dalam%20Institusi%20Kesultanan%20Melayu.pdf http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/40306/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kesultanan Melayu mengikut adat Melayu bersifat syura yang terdiri daripada raja pemerintah dan para pembesar yang mendukung kedaulatan watannya. Dalam kewilayahan yang lebih besar Kesultanan Melayu Melaka yang kemudiannya dilestarikan warisannya oleh Kesultanan Johor-Pahang-Riau Lingga, Kesultanan Kedah dan Perak. Kesan pembubaran Kesultanan Johor-Pahang-Riau Lingga akhirnya membawa kepada kelahiran sembilan buah Negeri Melayu berdaulat di Tanah Melayu yang masih mendukung kedaulatan watan. Maklumat persejarahan Tanah Melayu yang diperturunkan dalam sistem pendidikan selepas hari merdeka kelihatan lebih menonjolkan frasa sistem demokrasi berparlimen daripada pengaruh kedaulatan yang menterasi sistem politik tradisional meskipun kedudukannya masih terpelihara dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Melayu. Kertas ini bertujuan untuk mengemukakan peranan Kesultanan dan Pembesar Melayu dalam melestarikan kedaulatan watan. Kajian kualitatif berbentuk analisis kandungan dokumen digunakan. Peranan tersebut dikemukakan melalui keterangan dalam dokumen perundangan: Pertama, Bab 1 dan Cadangan Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan UMNO dalam Laporan Jawatankuasa Kerja Perlembagaan bertarikh 18 November 1946; Kedua, Nota berhubung Keputusan yang dicapai oleh Jawatankuasa Kerja Perlembagaan 1946; Ketiga, Laporan Mesyuarat bertarikh 20 November 1946. Keterangan tersebut adalah bukti berwibawa untuk merekonstruk kefahaman yang selama ini mengabaikan fakta penting sejarah pembentukan Persekutuan Tanah Melayu dan penginstitusian Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Dapatan menunjukkan raja pemerintah dan pembesar Melayu menggunakan kebijaksanaan unggul penuh berhemat untuk memelihara kedaulatan watan sepanjang tempoh campur tangan British dan pendudukan Jepun di Tanah Melayu. |
---|