Pemerkasaan pendakwah mualaf dengan ilmu kecerdasan spiritual di MUIP

Kajian ini bertujuan mengenalpasti pengetahuan, pengalaman pembelajaran dan keperluan modul ilmu kecerdasan spiritual (kerohanian) dalam kalangan pendakwah mualaf lantikan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP). Kaedah kajian kualitatif menggunakan instrumen temubual digunakan untuk...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Sh. Othman, Sh. Mohd Firdaus, Rohana, Hamzah, Ahmad Muhaimin, Mohamad, Asmadi, Abdul Rahman
Format: Article
Language:Malay
Published: Global Academic Excellence (M) Sdn Bhd (GAE) 2023
Subjects:
Online Access:http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/39993/1/IJMOE-2023-19-12-14.pdf
http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/39993/
http://www.ijmoe.com/PDF/IJMOE-2023-19-12-14.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan mengenalpasti pengetahuan, pengalaman pembelajaran dan keperluan modul ilmu kecerdasan spiritual (kerohanian) dalam kalangan pendakwah mualaf lantikan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP). Kaedah kajian kualitatif menggunakan instrumen temubual digunakan untuk mengumpul data daripada peserta kajian. Instrumen temubual telah dibina berdasarkan objektif kajian dan telah melalui proses pengesahan oleh pakar sebelum digunakan dalam kajian sebenar. Peserta kajian dipilih secara rawak daripada senarai pendakwah mualaf yang mendaftar dan dilantik oleh MUIP. Mereka terdiri daripada pelbagai bangsa iaitu Orang Asli, Cina dan India. Temubual dilaksanakan secara bersemuka dan dalam talian bergantung faktor lokasi dan masa responden. Semua rakaman temubual diterjemahkan ke bentuk teks berbantukan aplikasi Inscribe. Jawapan responden dianalisa dan dikategorikan mengikut tema. Dapatan kajian menunjukkan 60% responden mempunyai tahap pengetahuan ilmu kecerdasan spiritual samaada pada tahap rendah dan sederhana. Sebahagian responden (50%) menyatakan mereka mendapat pendedahan kepada ilmu kecerdasan spiritual secara formal dan sebahagian lagi secara tidak formal. Majoriti responden (80%) menyatakan mereka memerlukan ilmu kecerdasan spiritual untuk memberi kekuatan dalaman dan memantapkan usaha dakwah mereka. Oleh itu, terdapat keperluan untuk membina Modul Ilmu Kecerdasan Spiritual dan menyampaikan ilmu tersebut secara lebih formal dan terancang kepada pendakwah mualaf dan seterusnya membantu memperkasakan lagi usaha dakwah di Malaysia.