Kesedaran Penghayatan Rukun Negara Asas Keutuhan Keluarga Malaysia Menurut Perspektif Islam

Islam merupakan agama rasmi Malaysia yang amat menitikberatkan perpaduan dalam kalangan rakyat dalam sesebuah negara. Manakala Rukun Negara adalah satu ideologi yang bertujuan untuk menstabilkan kedudukan kaum yang berbilang bangsa di tanah air Malaysia. Setelah berlaku perbalahan kecil di beberapa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohamad Hilmi, Mat Said, Ahmad Muhaimin, Mohamad
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Faculty of Islamic Studies & Postgraduate Program, Universitas Islam Raden Rahmat (UNIRA) Malang, Indonesia 2023
Subjects:
Online Access:http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/37571/1/Kesedaran%20Penghayatan%20Rukun%20Negara%20Asas%20Keutuhan.pdf
http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/37571/
https://ejournal.uniramalang.ac.id/index.php/isiep/article/view/2177
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Islam merupakan agama rasmi Malaysia yang amat menitikberatkan perpaduan dalam kalangan rakyat dalam sesebuah negara. Manakala Rukun Negara adalah satu ideologi yang bertujuan untuk menstabilkan kedudukan kaum yang berbilang bangsa di tanah air Malaysia. Setelah berlaku perbalahan kecil di beberapa buah negeri dan kemuncaknya tercetus tragedi berdarah 13 Mei 1969, maka Majlis Perundingan Negara (MAPEN) telah membincangkan isu ini berbulan-bulan dan hasilnya Rukun Negara diwujudkan dan diisytihar pada ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-13. Rukun Negara didapati telah berjaya dalam membentuk perpaduan dan keharmonian masyarakat majmuk di negara ini. Namun pada tahun 2020 Malaysia tidak terlepas daripada ujian pandemik COVID-19 selama 2 tahun. Tidak dinafikan lagi bahawa impak negatif dari pandemik ini, Malaysia sekali lagi menghadapi ujian yang hampir sama pada tahun 1969. Namun, dengan kebijaksanaan kerajaan dan kesabaran rakyat, tiada tragedi pertumpahan darah berlaku. Walaubagaimanapun, isu perpaduan dan keharmonian rakyat kembali diuji dengan ketidakstabilan politik, ekonomi dan sosial. Semasa YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9 melalui ucapan sulungnya, beliau menekankan konsep baharu iaitu Keluarga Malaysia.Namun, konsep yang beliau uar-uarkan ini jelas kelihatan menepati situasi yang sedang dihadapi oleh rakyat Malaysia ketika ini. Penulisan ini bertujuan untuk menunjukkan kepentingan penghayatan ideologi Rukun Negara, amalan dan dilaksanakan demi mengukuhkan konsep Keluarga Malaysia. Ia membawa nilai keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran yang menjadi asas keluarga besar ini. Sesungguhnya, elemen penghayatan Rukun Negara dan konsep Keluarga Malaysia adalah bertepatan dengan nilai-nilai murni yang ditekankan dalam Islam. Semoga negara kita terus memperoleh lindungan Ilahi dengan usaha bersama, kerajaan dan rakyat mengembalikan penghayatan Rukun Negara. Dengan ini, diharap Rukun Negara kembali segar dihayati menerusi konsep Keluarga Malaysia yang merentas sempadan kaum, adat dan agama dalam memulihkan negara dari impak negatif COVID-19.