Batu Tarsilah Sebagai Alat Kebesaran dan Kedaulatan: Salasilah Raja Brunei Dinilai dari Segi Ilmu Nasab Islam [Batu Tarsilah Being Regalia And Symbol Of Sovereign: The Pedigree Of Brunei Sultanate Viewed From Islamic Lineage Perspective]
Batu Tarsilah merupakan salah satu daripada tiga sumber utama salasilah raja Brunei. Ia adalah batu bersurat dengan catatan tarikh 1221H/1807M sementara dua sumber yang lain ialah riwayat lisan dan dokumen sejarah, termasuk manuskrip Melayu. Tetapi sebagai sumber yang langka, Batu Tarsilah tidak sem...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Sultan Zainal Abidin
2022
|
Subjects: | |
Online Access: | http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/36687/7/Batu%20Tarsilah%20Sebagai%20Alat%20Kebesaran%20dan%20Kedaulatan.pdf http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/36687/ https://doi.org/10.37231/jimk.2022.23.3.706 https://doi.org/10.37231/jimk.2022.23.3.706 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Batu Tarsilah merupakan salah satu daripada tiga sumber utama salasilah raja Brunei. Ia adalah batu bersurat dengan catatan tarikh 1221H/1807M sementara dua sumber yang lain ialah riwayat lisan dan dokumen sejarah, termasuk manuskrip Melayu. Tetapi sebagai sumber yang langka, Batu Tarsilah tidak semestinya memberi info yang lengkap. Oleh sebab itu, ia memerlukan unsur lain yang memperkukuh dan memperjelas maklumat sedia ada. Melalui artikel ini, kajian berusaha mentafsir Batu Tarsilah berdasarkan ilmu nasab Islam, khususnya istifadah (ضة َاَتفِس ْا ,(bagi mengabsahkan kedaulatan raja Brunei. Hasil analisis komparatif dan
kritikan konteks, Batu Tarsilah dianggap sumber terpercaya dalam menentukan status ahl al-bayt raja-raja Melayu. Penghasilannya didahului oleh sumber lisan sebelum ditulis di atas kertas, kemudian diukir pada batu untuk mewakili pandangan rasmi pemerintah Brunei. Batu Tarsilah juga mengabsahkan hubungan kekerabatan raja Brunei dengan ahl al-bayt Rasulullah s.a.w., begitu juga bangsa Quraysh umumnya sekaligus memperakui kedaulatan mereka sebagai pemimpin umat berdasarkan ijma’ para fuqaha. Berdasarkan dapatan ini, maka wajarlah Batu Tarsilah diangkat sebagai simbol kebesaran kerajaan Brunei. |
---|