Kadar nafkah suami kepada isteri dan hubungannya dengan uruf menurut perspektif shariah: suatu perbincangan

Tulisan ini membincangkan berkenaan kadar nafkah suami kepada isteri menerusi perbincangan dalil uruf. Perkara ini dibincangkan disebabkan tiada ketetapan berkenaan jumlah sebenar nafkah yang perlu diberikan kepada isteri untuk dijadikan rujukan, terutama apabila berlaku pertikaian daripada isteri t...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mansor, Sulaiman, Hasan, Ahmad
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Malaysia Pahang 2021
Subjects:
Online Access:http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/33013/1/kadar%20nafkah.pdf
http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/33013/
https://journal.ump.edu.my/ijhtc/article/view/6977
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tulisan ini membincangkan berkenaan kadar nafkah suami kepada isteri menerusi perbincangan dalil uruf. Perkara ini dibincangkan disebabkan tiada ketetapan berkenaan jumlah sebenar nafkah yang perlu diberikan kepada isteri untuk dijadikan rujukan, terutama apabila berlaku pertikaian daripada isteri terhadap pengabaian nafkah mereka oleh suami. Bagi mencapai tujuan tersebut, tulisan ini adalah bersandarkan kepada kajian perpustakaan sepenuhnya dengan focus kepada penelitian terhadap rujukan-rujukan dalam bidang fiqh, usul fiqh, tafsir al-Quran dan al-Hadith serta tulisan-tulisan terkini berkenaan isu nafkah isteri. Seterusnya analisis daripada kajian perpustakaan ini menemui bahawa terdapat nas-nas yang memberikan panduan kepada kadar nafkah tersebut tetapi ia masih berlegar dalam lingkungan dalil dzanni yang terbuka untuk dibahaskan. Menerusi penelitian terhadap nas-nas ini mendapati bahawa kadar nafkah tersebut sememangnya didiamkan oleh syarak bagi membuka ruang kepada keterbukaan kadar itu mengikut keperluan-keperluan yang berkaitan masa, tempat dan keadaan tertentu. Akhirnya, tulisan ini mendapati bahawa kadar nafkah tersebut boleh dicadangkan oleh pihak berautoriti menerusi panduan daripada dalil uruf.