Penggunaan media sosial sebagai medium dakwah Islam dalam kalangan penduduk Kampung Beserah, Kuantan, Pahang

Penulisan ini bertujuan untuk mengenal pasti penggunaan media sosial untuk tujuan berdakwah. Kajian ini dicadangkan setelah melihat kerancakan penggunaan media sosial sebagai medium dakwah dan penularan dakwah bebas tanpa terkawal melalui media sosial yang dikhuatiri boleh mengundang kekeliruan, ter...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Mokhtarishah, Mohamed Mokhtar, Hasmadi, Hassan
Format: Article
Language:English
Published: UMP Press 2021
Subjects:
Online Access:http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/31681/1/P90-107%20MOKHTAR_PAPER%202.pdf
http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/31681/
http://journal.ump.edu.my/ijhtc
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penulisan ini bertujuan untuk mengenal pasti penggunaan media sosial untuk tujuan berdakwah. Kajian ini dicadangkan setelah melihat kerancakan penggunaan media sosial sebagai medium dakwah dan penularan dakwah bebas tanpa terkawal melalui media sosial yang dikhuatiri boleh mengundang kekeliruan, terpedaya, penyebaran ajaran sesat dan fahaman ekstremisme. Masyarakat bimbang dengan kesahihan kandungan mesej dakwah dan belum berpuashati dengan kualitinya. Oleh itu, kajian ini berpeluang melihat sejauh mana tahap penggunaan media sosial sebagai medium dakwah dan implikasi mesej dakwah yang diperolehi daripada media sosial. Sampel kajian seramai 100 responden yang terdiri daripada penduduk Kampung Beserah, Kuantan. Satu set soal selidik yang mengandungi 46 item dibina oleh penyelidik berdasarkan sumber-sumber kajian dan telah diedarkan kepada responden. Manakala data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan perisian “Statistical Packages For Social Sciences” (SPSS) versi 23.0. Penganalisaan data dibuat dengan menggunakan statistik deskriptif iaitu peratusan, min dan sisihan lazim bagi menjawab persoalan kajian. Sementara statistik inferensi iaitu Anova sehala, ujian-t dan kolerasi digunakan untuk menguji hipotesis-hipotesis kajian. Hasil dapatan kajian ini diharapkan dapat menyumbang kepada mengenalpasti penggunaan media sosial sebagai medium dakwah dan mempertingkatkan lagi kandungan dan kualiti mesej dakwah untuk diadaptasi dalam kehidupan seharian.