Modul Malay for Beginners
Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi negara Malaysia dan kini boleh dikatakan sebagai bahasa antarabangsa kerana sudah tersebar luas di serata dunia. Bahasa Melayu digunakan dalam komunikasi pelbagai bangsa dan etnik. Fungsi dan kewujudan bahasa Melayu tidak lagi dapat dinafikan dan sudah terbukti p...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Book |
Language: | English English |
Published: |
Penerbit UMP
2018
|
Subjects: | |
Online Access: | http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/23589/1/Cover_Malay%20for%20Beginners.jpg http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/23589/2/MODUL%20MALAY%20FOR%20BEGINNERS%202018.pdf http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/23589/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi negara Malaysia dan kini boleh dikatakan sebagai bahasa antarabangsa kerana sudah tersebar luas di serata dunia. Bahasa Melayu digunakan dalam komunikasi pelbagai bangsa dan etnik. Fungsi dan kewujudan bahasa Melayu tidak lagi dapat dinafikan dan sudah terbukti penggunaannya sejak zaman berzaman. Buku ini ditulis khas pada para pelajar antarabangsa dari pelbagai negara dalam mempelajari dan menguasai bahasa Melayu khususnya dalam komunikasi harian. Bahasa Melayu merupakan bahasa Kebangsaan negara ini. Modul ini bertujuan untuk memperkenalkan bahasa Melayu dan membolehkan para pelajar antarabangsa berkomunikasi dalam perbualan harian dengan menggunakan bahasa Melayu. Lantaran itu, modul ini menampilkan empat kemahiran bahasa yang utama, iaitu mendengar, menulis, membaca dan bercakap. Kesemua elemen ini apabila dikuasai secara seimbang oleh seseorang, maka ia akan berupaya menguasai bahasa yang baru dipelajari termasuk bahasa Melayu. Seterusnya modul ini menjadikan negara Malaysia sebagai latar belakang konteks perbincangan dan contoh. Diharapkan para pelajar antarabangsa dapat menguasai dan mempraktikkan bahasa ini dengan lebih mudah, cepat, dan berkesan. Seandainya terdapat kesilapan atau kelemahan dalam penulisan modul ini, penulis memohon pandangan yang membina dalam menambahbaik kandungannya agar lebih berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran pada masa depan. Akhir kata, Takkan Hilang Melayu di Dunia selaras dengan kata-kata Hang Tuah maka sebagai penulis dan guru bahasa Melayu saya mengharapkan usaha memartabatkan dan mempopularkan bahasa Melayu dilakukan secara bersama-sama oleh semua pihak. |
---|