Penilaian kelayakan asnaf fakir dan miskin berdasarkan had kifayah

Had kifayah adalah satu ukuran kecukupan seseorang untuk menanggung perbelanjaan bagi keperluan asas diri dan tanggungannya. Keperluan asas yang menjadi keperluan asasi setiap individu akan mengambil kira objektif atau maqasid al shariah bagi tujuan agama (hifz ad-din), menjaga akal (hifz al-aql), m...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abdul Rahman, Talib, Hasan, Ahmad
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Universiti Malaysia Pahang 2018
Subjects:
Online Access:http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/23095/1/Penilaian%20kelayakan%20asnaf%20fakir%20dan%20miskin.pdf
http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/23095/
http://ncon-pgr.ump.edu.my/index.php/en/download/proceedings-book
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Had kifayah adalah satu ukuran kecukupan seseorang untuk menanggung perbelanjaan bagi keperluan asas diri dan tanggungannya. Keperluan asas yang menjadi keperluan asasi setiap individu akan mengambil kira objektif atau maqasid al shariah bagi tujuan agama (hifz ad-din), menjaga akal (hifz al-aql), menjaga nyawa (hifzan-nafs), menjaga harta (hifz almal) dan menjaga keturunan (hifz an-nasab). Elemen yang termasuk penggiraan had kifayah adalah item makanan,kediamaan, pakaian, perubatan, pendidikan dan pengangkutan. Pengunaan kaedah had kifayah dalam penilaian asnaf adalah bertujuan supaya individu atau asnaf yang layak menerima zakat akan mendapat hak dalam agihan zakat pada kadar mencukupi untuk diri dan tanggungannnya. Ia juga bertujuan supaya agihan zakat tidak tersalah agih kepada yang tidak berkelayakan. Namun begitu kajian ini mendapati had kifayah antara negeri di Malaysia tidak seragam dan berbeza kerana penilaian yang berbeza dalam menentukan kos sara hidup semasa dan setempat yang terpaksa ditanggung oleh seseorang individu, begitu juga perbezaan penggiraan dan penentuan item had kifayah yang diguna pakai oleh setiap Majlis Agama Islam Negeri(MAIN). Kajian berhubung had kifayah sebagaimana yang diamalkan MAIN dan Agensi Mengurus Zakat (AMZ) amat penting bagi memastikan agihan zakat menepati maqasid al shariah.