Imarah masjid: analisa awalan ke atas isu tauliah dan kelayakan tenga pengajar

Masjid dibina pada asasnya adalah sebagai tempat mendirikan upacara ibadat asas dalam Islam terutamanya sembahyang fardu harian serta fardu Jumaat. Di Malaysia, terdapat ribuan masjid serta surau yang dibina oleh phak kerajaan dan swasta serta juga komuniti setempat dan jumlahnya semakin bertamabah...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Hasan, Ahmad, Mansor, Sulaiman, Tuan Sidek, T. M., Mohamad Hilmi, Mat Said
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
English
Published: Masjid al-Azhar KUIS 2017
Subjects:
Online Access:http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/21879/1/Imarah%20masjid-analisa%20awalan%20ke%20atas%20isu%20tauliah%20dan%20kelayakan%20....docx
http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/21879/2/imarah%20masjid%20analisa%20awalan%20ke%20atas%20isu%20tauliah%20dan%20kelayakan%20....pdf
http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/21879/
http://conference.kuis.edu.my/i-maf/images/eproceedings/2017/351-358-imaf-2017.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Masjid dibina pada asasnya adalah sebagai tempat mendirikan upacara ibadat asas dalam Islam terutamanya sembahyang fardu harian serta fardu Jumaat. Di Malaysia, terdapat ribuan masjid serta surau yang dibina oleh phak kerajaan dan swasta serta juga komuniti setempat dan jumlahnya semakin bertamabah dari masa ke semasa. Pada masa sekarang, peranan masjid semakin meluas mencakupi tempat mengadakan majlis, korban hari raya, akad nikah, kelas pengajian berkala, ceramah, forum dan sebagainya. Kertas kerja ini menyentuh isu tauliah dan kelayakan berkaitan dengan tenaga pengajar atau penceramah yang menjalankan kelas pengajian, kuliah atau ceramah di surau atau masjid dalam sesuatu negeri di Malaysia. Isu ini timbul sejak kebelakangan ini kerana ada keluhan masyarakat tentang isi penyampaian yang agak berbeza dari aliran perdana dan sebahagiannya keterlaluan dalam membahaskan isu-isu semasa yang berkaitan dengan agama Islam. Sehubungan itu, Majlis atau Jabatan Agama Islam Negeri mula mengambil pendekatan serius dalam menangani isu ini dengan harapan penyampaian ilmu keagamaan hanya dikendalikan oleh tenaga pengajar yang berkelayakan serta mendapat bertauliah dari pihak berkuasa agama seperti Majlis Agama atau Jabatan Agama Negeri. Ketegasan ini mula memberi impak setelah terdapat golongan penceramah yang tidak dibenarkan menyampaikan apa-apa ilmu keagamaan di negeri-negeri tertentu kerana tidak mempunyai tauliah dan kebenaran untuk menyampaikan ceramah dari pihak berkuasa agama. Isu imarah masjid tidak sepatutnya terhalang disebabkan oleh tauliah dan kelayakan kerana ia merupakan suatu tindakan pencegahan yang perlu bagi mengelakkan masalah pengajaran ilmu yang salah atau tidak sealiran dengan amalan umum masyakat Malaysia.