Strategi komunikasi pencapaian dan pengelakan dalam proses pembentangan pelajar cina

Makalah ini membincangkan penggunaan bahasa Melayu standard (BMS) dalam kalangan pelajar Cina sewaktu pembentangan kerja kursus ketika mengikuti kursus Bahasa Kebangsaan A. Pelajar didapati menggunakan pelbagai strategi dalam memastikan proses pembentangan mereka lancar dan dapat diteruskan. Selar...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Noriah, Jamilah Bebe, Mohamad, Noor Hafida, Mohamed
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2017
Subjects:
Online Access:http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/19043/3/Strategi%20komunikasi%20pencapaian.pdf
http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/19043/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Makalah ini membincangkan penggunaan bahasa Melayu standard (BMS) dalam kalangan pelajar Cina sewaktu pembentangan kerja kursus ketika mengikuti kursus Bahasa Kebangsaan A. Pelajar didapati menggunakan pelbagai strategi dalam memastikan proses pembentangan mereka lancar dan dapat diteruskan. Selaras dengan strategi komunikasi yang diperkenalkan oleh Tarone (1983), pelajar didapati mengaplikasikan strategi ini secara tidak langsung dalam penggunaan bahasa Melayu. Secara umum, strategi komunikasi bermaksud proses kognitif yang dirancang oleh penutur bahasa bagi mengatasi masalah yang dihadapi ketika berhadapan dengan masalah komunikasi (Faerch & Kasper, 1983: 211). Dalam kertas kerja ini, strategi komunikasi yang menjadi fokus perbincangan ialah strategi pencapaian yang terdiri daripada strategi penggunaan bahasa pertama, strategi penggunaan bahasa kedua dan strategi rayuan serta strategi pengelakan, iaitu pengelakan topik dan peninggalan mesej. Informan untuk kajian ini terdiri daripada dua puluh orang pelajar Cina yang berusia antara 18 hingga 20 tahun yang menuntut di Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman, Pulau Pinang. Data kajian ini ialah rakaman yang dilakukan ketika proses pembentangan dan ditrankipsikan ke dalam tulisan bahasa Melayu. Analisis dan perbincangan yang dilakukan dalam kajian ini hanya memaparkan contoh data yang terpilih setelah ditrankipsikan daripada rakaman asal. Perbincangan menunjukkan sememangnya terdapat penggunaan strategi komunikasi seperti yang disarankan oleh Tarone (1983) yang diaplikasikan oleh pelajar sewaktu proses pembentangan kerja kursus. Namun demikian, sesuai dengan kebolehan, keupayaan dan tahap penguasaan bahasa Melayu pelajar ini, maka strategi komunikasi yang digunakan menunjukkan bentuk dan kaedah yang pelbagai. Kata kunci: penggunaan bahasa Melayu, pelajar Cina, strategi komunikasi,