Konsep Al-Quwwah Al-Insaniyyah Menurut Perspektif Al-Quran, Kepentingannya Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Serta Kesannya Di Dunia Industri
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Namun menjadi persoal...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2014
|
Subjects: | |
Online Access: | http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/15523/1/pbmsk-2014-hilmi-konsep%20alquwwah%20alinsaniyyah.pdf http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/15523/ http://ocs.utem.edu.my/index.php/mucet2014/MUCET2014/paper/view/141/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Namun menjadi persoalannya sejauh mana falsafah tersebut berjaya diterapkan oleh para Pensyarah dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran mereka. Manakala konsep
Pendidikan menurut Islam ialah melahirkan manusia yang mempunyai pendirian dan keyakinan yang kukuh terhadap idealism Islam. Bagi memastikan tercapainya falsafah Pendidikan Negara dan selari dengan kehendak Islam pengkaji merasakan telah tiba masanya konsep al-Quwwah alInsaniyyah
menurut perspektif al-Quran diterapkan dan dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Al-Quwwah al-Insaniyyah bermaksud ciri-ciri keinsanan yang memiliki kekuatan
dan kemantapan diri, kesungguhan dan ijtihad yang jitu, keutuhan jati diri, berpengetahuan, bertamadun, mencintai kebaikan, keamanan, bertanggungjawab, rela berkorban, bersiap siaga dalam menempuh cabaran, dugaan dan rintangan yang mendatang. Ia mencakupi seluruh aspek rohani, akal dan emosi serta jasmani sehingga membentuk sahsiah dan peribadi sebagai insan sempurna (insan kamil). Namun realiti hari ini memperlihatkan pelajar di IPT semakin terhakis
sahsiah diri mereka. Ini dapat diperhatikan dengan sahsiah diri negetif mereka antaranya seperti hadir lewat ke kelas terutama sesi pagi, berpakaian selekeh, tidak gemar memakai kad matrik sekalipun diwajibkan dan berselipar ketika hadir ke kelas. Kajian ini dijalankan untuk melihat sejauhmana kesan sahsiah diri negetif ini kepada dunia industri di luar sana iaitu tempat yang para pelajar akan menjalani latihan industri. |
---|