Perniagaan Usahasama dengan Masyarakat Temiar di Lojing, Gua Musang; Tatabudaya Penerimaan dan Prospek Perniagaan Muslim

Prospek perniagaan usahawan muslim bersifat usahasama dengan masyarakat Bumiputera Senoi suku Temiar di kawasan tanah tinggi Lojing, Gua Musang adalah besar. Begitu juga dari sudut penerokaan kawasan tersebut untuk pelbagai sektor ekonomi yang menaiktarafkan kehidupan mereka di samping memajukan per...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abdul Aziz Ab Latif, Nur Azuki Yusuff, Marwan Ismail
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2008
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/9161/1/Perniagaan%20Usahasama%20dengan%20Masyarakat%20Temiar%20di%20Lojing.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/9161/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Prospek perniagaan usahawan muslim bersifat usahasama dengan masyarakat Bumiputera Senoi suku Temiar di kawasan tanah tinggi Lojing, Gua Musang adalah besar. Begitu juga dari sudut penerokaan kawasan tersebut untuk pelbagai sektor ekonomi yang menaiktarafkan kehidupan mereka di samping memajukan perniagaan yang diceburi usahawan muslim. Kertas kerja ini mengetengahkan tiga perkara utama iaitu berkenaan pengenalan terhadap potensi sumber alam dan kerjaya masyarakat tempatan, seterusnya bentuk prospek perniagaan yang boleh diceburi usahawan muslim bersama masyarakat Bumiputera Senoi suku Temiar di samping mengetahui pendekatan budaya dan sosial ke arah penerimaan masyarakat ini terhadap masyarakat luar khususnya usahawan muslim. Masyarakat Temiar tidak mudah dijinakkan dengan janji-janji kosong walaupun mereka bersifat penyegan dan menghormati tetamu. Pembelaan nasib mereka perlu diberi perhatian dalam maksud tidak boleh mengambil kesempatan terhadap mereka. Pengumpulan sumber asli, kemahiran kraftangan dan jualan barangan kemudahan asas adalah antara potensi utama perniagaan di Lojing di samping pertanian tanah tinggi. Kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan perlu diwujudkan bagi memudahkan sebarang urusan berkaitan. Usahawan muslim perlu menilai setiap potensi ekonomi di Lojing berdasarkan keperluan semasa di samping mengambilkira kemudahan pengangkutan dan sistem kawal selia pengumpulan produk perniagaan.