Pemahaman ibu bapa terhadap masalah disleksia : Jeli, Kelantan

Disleksia bukanlah satu penyakit yang bersifat patologi. Ia merupakan gangguan dalaman yang berlaku dalam diri kanak-kanak yang menghalang perkembangan bahasa daripada berlaku. Masalah disleksia dalam bidang pendidikan sudah banyak dibincangkan oleh para penyelidik sebelum ini. Rata-rata yang terlib...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Tg. Iffah Binti Tuan Yazid, See Soo Yin
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2015
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/9122/1/PEMAHAMAN%20IBU%20BAPA%20TERHADAP%20MASALAH%20DISLEKSIA%20JELI%2C%20KELANTAN.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/9122/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Disleksia bukanlah satu penyakit yang bersifat patologi. Ia merupakan gangguan dalaman yang berlaku dalam diri kanak-kanak yang menghalang perkembangan bahasa daripada berlaku. Masalah disleksia dalam bidang pendidikan sudah banyak dibincangkan oleh para penyelidik sebelum ini. Rata-rata yang terlibat adalah dari kalangan para guru sekolah aliran biasa mahupun berpendidikan khas. Namun kajian berkenaan ibu bapa tentang disleksia masih kurang dalam konteks negara Malaysia. Di Barat, ia sudahpun dikaji oleh sebilangan penyelidik. Hakikatnya, ibu bapa memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak disleksia kerana kanak-kanak lebih banyak menghabiskan masa di rumah berbanding di sekolah. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengukur tahap pemahaman ibu bapa terhadap masalah disleksia. Kajian ini dijalankan di daerah Jeli, Kelantan dan berbentuk kuantitatif. Soal selidik dijalankan ke atas 24 orang responden yang terdiri daripada para ibu bapa. Hasil kajian menunjukkan terdapat sesetengah ibu bapa di kawasan luar bandar faham tentang ciri-ciri disleksia secara umum. Namun dari segi punca dan rawatan, mereka tidak memahami sebab berlakunya gejala sebegini. Oleh itu pihak berwajib seperti badan kerajaan dan NGO perlu berganding bahu dalam menyelesaikan masalah ini. Mereka boleh meningkatkan pemahaman berkenaan disleksia melalui penubuhan bengkel-bengkel, seminar dan pameran.