Globalisasi sebagai satu kolonialisme bentuk baru dan kesan kepada ekonomi

Kolonialisme adalah amalan perluasan kuasa dan penguasaan negara, terutamanya dengan kawalan langsung ke atas wilayah politik atau ekonomi negara lain (Goldstein,J.S & Pevehouse,J.C, 2006). Pada masa kini, istilah imperialisme atau kolonialisme tidak lagi digunakan untuk menggambarkan sebagai pe...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nurul Hasliza Mohd Razmin, Nur Izzati Mohamad Anuar, Nur Dalila Mat Yusoff, Nik Malini Nik Mahdi
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2013
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/9041/1/Paper%201.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/9041/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kolonialisme adalah amalan perluasan kuasa dan penguasaan negara, terutamanya dengan kawalan langsung ke atas wilayah politik atau ekonomi negara lain (Goldstein,J.S & Pevehouse,J.C, 2006). Pada masa kini, istilah imperialisme atau kolonialisme tidak lagi digunakan untuk menggambarkan sebagai penaklukan secara langsung tetapi lebih dikenali sebagai agenda tersembunyi. Berbeza dengan bentuk penjajahan pada abad yang lalu yang mana ia bersifat kekerasan dan paksaan. Namun penjajahan bentuk baru lebih kepada perubahan sikap, tanpa ada unsur paksaan dan kekerasan. Neo-kolonialisme begitu berkesan daripada penjajahan bentuk lama. Penulisan ini membincangkan bahawa fanomena globalisasi boleh memberi peluang kepada negara maju untuk memperluaskan penguasaan mereka ke atas negara mundur atau sedang membangun. Teori Modern World System yang diperkenalkan oleh Immanuel Wallenstein pada abad ke-16 akan gunakan untuk membuktikan bahawa penjajahan bentuk baru wujud dalam era globalisasi. Syarikat multinasional (MNC), institusi kewangan antarabangsa seperti Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia dilihat sebagai alat oleh negara yang berkuasa untuk mengawal negara membangun