Penganiayaan dan pencabulan hak asasi masyarakat Rohingya oleh institusi kerajaan : sebuah konseptual analisis

Penganiayaan dan pencabulan sesebuah kaum atau etnik oleh sekelompok orang atau suatu negara bukanlah hal yang baru. Sejarah telah membuktikan usaha penghapusan sebuah kaum sudah terjadi sejak lama, hal ini disebabkan oleh perasaan takut atau tidak suka dengan bakal kebangkitan atau pengaruh daripad...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abdul Halim Sidek, Yohan Kurniawan, Hishamuddin Md. Som
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2012
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/9005/1/Paper%201.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/9005/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penganiayaan dan pencabulan sesebuah kaum atau etnik oleh sekelompok orang atau suatu negara bukanlah hal yang baru. Sejarah telah membuktikan usaha penghapusan sebuah kaum sudah terjadi sejak lama, hal ini disebabkan oleh perasaan takut atau tidak suka dengan bakal kebangkitan atau pengaruh daripada kaum tersebut. Peristiwa penghapusan kaum yang terjadi di alaf 21 ini adalah usaha penghapusan Kaum Muslim Etnik Rohingya oleh Kerajaan Myanmar. Usaha penghapusan Kaum Rohingya ini telah lama terjadi sehingga saat ini, akan tetapi tiada sebarang tindakan mahupun tekanan kepada Kerajaan Myanmar oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) atau oleh negara adikuasa seperti Amerika, walaupun secara nyata-nyata kerajaan Myanmar telah melakukan tindakan yang melanggar hak asasi manusia. Terdapat pelbagai faktor diantaranya faktor politik yang menyebabkan seolah-olah dunia berdiam diri terhadap nasib kaum Rohingya. Kajian yang dibuat ini adalah sebuah kajian konseptual menggunakan kaedah rujukan bagi tujuan mengenalpasti awal mula dan punca terjadinya penghapusan kaum Muslim Rohingya di Myanmar. Menurut sejarah, adalah diketahui bahawa usaha penghapusan kaum Rohingya telah lama terjadi di Myanmar. Dalam konteks ini termasuklah peranan Kerajaan Myanmar, masyarakat Myanmar dan yang menyedihkan, termasuk juga pemuka agama Buddha di sana yang “mengizinkan” atau menyetujui penyingkiran atau penghapusan Kaum Muslim Rohingya. Mereka memandang bahawa kaum ini bakal memberi masalah atau “menguasai” Myanmar di kemudian hari sehingga menghilangkan ciri-ciri, budaya dan agama asal Myanmar di masa hadapan. Pelbagai usaha oleh kumpulan NGO dari seluruh dunia telah dilakukan untuk menghentikan penindasan dan dan penganiyaan terhadap Kaum Rohingya ini akan tetapi usaha mereka itu sia-sia sahaja.Dari aspek Viktimologi ( Separovic,1985) konflik antara dua entity dalam suatu hubungan masyarakat mengakibatkan pihak yang lemah menjadi mangsa akibat di aniaya oleh perbuatan pihak yang lebih agresif atau hebat dari segi fizikal dan kekuasaan. Maka tindakan oleh kerajaan Myanmar ini terhadap rakyat nya sendiri dari etnik yang berbeza dari arus perdana adalah suatu institutional victimization. Hal ini juga pernah berlaku di zaman Peperangan Dunia Kedua di mana pihak Nazi melakukan ethnic cleansing terhadap etnik Yahudi di negara Jerman dan juga semasa peperangan saudara di negara yang dahulunya Yugoslavia terhadapa etnik Bosnia beragama Islam