Kesan faktor individu dan persekitaran ke atas keberkesanan program latihan staf sokongan akademik: di institusi pengajian tinggi awam di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).

Memasuki abad ke-21 yang serba canggih dengan perkembangan pesat teknologi, mekanisma pengurusan sumber manusia di organisasi mengalami transformasi bagi memastikan kualiti perkhidmatan yang diberikan oleh para pekerja mencapai tahap yang terbaik. Hasilnya, organisasi memberi tumpuan terhadap aspek...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Hasannuddiin Hassan
Format: UMK Etheses
Language:English
Published: 2015
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/8775/1/Hasannuddiin%20bin%20Hassan.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/8775/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Memasuki abad ke-21 yang serba canggih dengan perkembangan pesat teknologi, mekanisma pengurusan sumber manusia di organisasi mengalami transformasi bagi memastikan kualiti perkhidmatan yang diberikan oleh para pekerja mencapai tahap yang terbaik. Hasilnya, organisasi memberi tumpuan terhadap aspek pembangunan sumber manusia, khususnya melalui program latihan staf. Justeru, keberkesanan program latihan adalah suatu mekanisme yang memacu sesebuah organisasi ke arah kecemerlangan. Walau bagaimanapun, kebanyakan program latihan dilaporkan mengalami pembaziran. Keadaan ini berpunca disebabkan kurang keberkesanan terhadap program latihan dan peserta latihan gagal memindahkan pengetahuan atau kemahiran yang diperoleh ke tempat kerja. Kajian ini bertujuan untuk: (a) menilai tahap keberkesanan program latihan untuk staf sokongan akademik IPTA di ECER, dan (b) mengenal pasti tahap pengaruh faktor individu dan faktor persekitaran terhadap keberkesanan program latihan. Kaedah persampelan rawak kluster digunakan dengan menyoal selidik 400 staf sokongan akademik di lima (5) buah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) telah dijalankan. Secara keseluruhan, majoriti responden (iaitu melebihi 50%) mempunyai persepsi yang tinggi terhadap tahap keberkesanan program latihan yang telah dihadiri. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa responden mempunyai persepsi yang positif berkaitan pengaruh faktor individu dan faktor persekitaran terhadap keberkesanan program latihan. Faktor individu meliputi aspek personaliti, keupayaan pelatih serta motivasi (R = 0.208), dan faktor persekitaran kerja meliputi aspek sokongan teknologi serta peluang mengamalkan (R = 0.359) mempunyai hubungan yang positif terhadap keberkesanan program latihan. Dapatan kajian juga didapati faktor persekitaran menjadi faktor penyumbang yang lebih dominan mempengaruhi keberkesanan program latihan. Oleh itu, pihak organisasi perlu memberi lebih perhatian ke atas faktor persekitaran kerja dalam perancangan program latihan staf di masa hadapan. Aspek pemindahan pengetahuan perlu diberi penekanan seperti menyediakan persekitaran kerja yang dapat menyokong pelatih mengamalkan kemahiran dan teknologi yang telah diperoleh.