Hubungan antara kepuasan kerjaya, perapatan dan sokongan sosial ke atas kepuasan hidup wanita berkerjaya pertengahan usia di Kuala Lumpur

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara kepuasan kerjaya, perapatan dan sokongan sosial ke atas kepuasan hidup wanita berkerjaya pertengahan usia di Kuala Lumpur. Kajian kuantitatif ini menggunakan kaedah tinjauan soal selidik bagi tujuan pengumpulan data. Responden kajian dipilih...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Zakaria, Siti Marziah, Ijon, Ruzaini, Wan Shaharuddin, Wan Yusoff, See, Soo Yin
Format: Non-Indexed Article
Language:English
Published: UMK Press 2019
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/7581/1/Hubungan%20antara%20Kepuasan%20Kerjaya%2C%20Perapatan%20dan%20Sokongan%20Sosial%20ke.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/7581/
http://insaniah.umk.edu.my/journal/index.php/insaniah/article/view/48
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara kepuasan kerjaya, perapatan dan sokongan sosial ke atas kepuasan hidup wanita berkerjaya pertengahan usia di Kuala Lumpur. Kajian kuantitatif ini menggunakan kaedah tinjauan soal selidik bagi tujuan pengumpulan data. Responden kajian dipilih menggunakan teknik pensampelan bertujuan. Seramai 310 responden terlibat dalam kajian ini. Data yang diperoleh daripada kajian ini telah dianalisis secara inferensi. Skor min bagi pemboleh ubah perapatan adalah tertinggi (M = 47.04, SD = 5.22) diikuti sokongan sosial (M = 32.54, SD = 4.35), kepuasan pekerjaan (M = 32.00, SD = 3.86 dan kepuasan hidup (M = 27.81, SD = 3.07). Dapatan korelasi bagi pemboleh ubah kepuasan hidup dengan sokongan sosial, perapatan dan kepuasan pekerjaan mendapati terdapat hubungan positif yang signifikan bagi keempat-empat pemboleh ubah yang dikaji (p < .01). Analisis korelasi Pearson mendapati kepuasan pekerjaan mempunyai hubungan positif yang sederhana dengan kepuasan hidup (r = .443, p < .01), manakala kepuasan hidup menunjukkan hubungan positif yang rendah dengan sokongan sosial (r = .362, p < .01) dan perapatan (r = .311, p < .01). Ini mencadangkan bahawa kepuasan hidup wanita berkerjaya pertengahan usia dalam kajian ini lebih bergantung kepada kepuasan kerjaya berbanding dengan sokongan sosial dan perapatan. Justeru, kajian ini diharap dapat memberi pemahaman terhadap faktor-faktor kepuasan hidup wanita bekerjaya pertengahan usia. Dapatan kajian ini juga boleh digunakan oleh kaunselor dan pekerja sosial dalam merangka lebih banyak strategi dan agenda untuk memenuhi keperluan kepada sokongan sosial dalam kalangan golongan tersebut. Kajian akan datang juga boleh dijalankan di kawasan luar bandar bagi melihat hasil perbandingan kepuasan hidup wanita berkerjaya di kawasan luar bandar tersebut.