Analisis Cerpen-Cerpen Terpilih Fatimah Busu : Satu Pendekatan Semiotik Iaitu Genoteks Dan Fenoteks.
Kajian ni bertujuan untuk mengenalpasti penggunaan bahasa yang digunakan dalam cerpen-cerpen terpilih Fatimah Busu. Secara khususnya, kajian ini menggunakan teori Semiotik dengan mengaplikasikan pendekatan Genoteks dan Fenoteks. Kajian ini juga memberi tumpuan kepada struktur penggunaan bahasa yang...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Undergraduate Final Project Report |
Published: |
2019
|
Online Access: | http://discol.umk.edu.my/id/eprint/4720/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ni bertujuan untuk mengenalpasti penggunaan bahasa yang digunakan dalam cerpen-cerpen terpilih Fatimah Busu. Secara khususnya, kajian ini menggunakan teori Semiotik dengan mengaplikasikan pendekatan Genoteks dan Fenoteks. Kajian ini juga memberi tumpuan kepada struktur penggunaan bahasa yang diaplikasikan dalam cerpen-cerpen terpilih Fatimah Busu. Teori Semiotik oleh Julia Kristeva digunakan untuk mengenalpasti dan menganalisis penggunaan bahasa yang diaplikasikan dalam cerpen-cerpen terpilih Fatimah Busu berdasarkan pendekatan Genoteks dan Fenoteks. Permasalahan kajian adalah tertumpu kepada bagaimana struktur bahasa dialek Kelantan diaplikasikan oleh Fatimah Busu dalam penulisan beliau. Data-data diperoleh dengan menggunakan penyelidikan kepustakaan dan Dewan Bahasa Wilayah Timur (DBP) untuk mencari bahan-bahan rujukan iaitu buku puisi dan teori. Namun begitu, data dan maklumat mengenai dialek Kelantan juga diperolehi daripada penduduk kampung yang berumur dalam lingkungan 60-70 tahun melalui sumber wawancara yang dilakukan. Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa penggunaan bahasa dan menganalisis struktur bahasa yang
terdapat dalam penulisan cerpen-cerpen terpilih Fatimah Busu menggunakan teori Semiotik iaitu Genoteks dan Fenoteks. Justeru, implikasi dapatan ini boleh dijadikan sebagai teladan kepada penulis diluar sana mengenai penggunaan dan struktur bahasa dalam penulisan sastera masing-masing. |
---|