Novel Tulang-Tulang Berserakan: Satu Analisis Koordinat M.H Abrams

Kajian yang dijalankan ini adalah mengupas novel Tulang-TuIang Berserakan oleh Us-man Awang. Kajian yang dijalankan ini adalah bcrdasarkan kepada dua objektif utama iaitu membincangkan sudut pandangan pembaca melalui koordinat pragmatik dalam novel Tulang-Tulang Berserakan dan menganalisis novel Tul...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abdul Hafidz, Mohamad Khairul Ridzwan
Format: Undergraduate Final Project Report
Published: 2019
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/4417/
https://ftkw.umk.edu.my/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian yang dijalankan ini adalah mengupas novel Tulang-TuIang Berserakan oleh Us-man Awang. Kajian yang dijalankan ini adalah bcrdasarkan kepada dua objektif utama iaitu membincangkan sudut pandangan pembaca melalui koordinat pragmatik dalam novel Tulang-Tulang Berserakan dan menganalisis novel Tulang-Tulang Berserakan dari koordinat ekspresif M.H Abrams. Kajian yang dijalankan ini melibatkan pendekatan teori sastera yang telah diperkenalkan oleh M.H Abrams yang mana ia melibatkan empat koordinat sastera iaitu koordinat mimetik, pragrnatik, ekspresif dan objektif. Keempat-empat koordinat ini mempunyai kaitan dengan karya, alam, pembaca dan pengarang. Kajian yang dijalankan ini adalah menekankan dari sudut koordinat pragmatik dan koordinat ekspresif. Koordinat pragrnatik ini tidak boleh dipisahkan dengan sudut pembaca yang mana pembaca menerima emosi, hiburan, perasaan dan sebagainya yang terdapat dalam teks kajian. Koordinat ekspresif pula saling berhubungan dengan pengarang dan bagaimana pengarang mengekspresikan mindanya dalam novel Tulang-Tulang Berserakan seperti pengajaran, kritikan, perasaan dan sebagainya.