Akal Budi Orang Melayu Dalam Cerita Rakyat Himpunan 366 Cerita Rakyat Malaysia: Satu Pengaplikasian Teori Pengkaedahan Melayu

Cerita rakyat Malaysia merupakan cerita yang telah wujud pada zaman dahulu lagi. Cerita rakyat ini sarat dengan nilai nilai murni yang terkandung di dalam setiap cerita nya. Penulisan cerita rakyat adalah satu kajian yang melibatkan tinjauan ke belakang , satu gambaran sistem masyarakat dan kegiatan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Othman, Nur Shahirah
Format: Undergraduate Final Project Report
Published: 2020
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/4327/
https://ftkw.umk.edu.my/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Cerita rakyat Malaysia merupakan cerita yang telah wujud pada zaman dahulu lagi. Cerita rakyat ini sarat dengan nilai nilai murni yang terkandung di dalam setiap cerita nya. Penulisan cerita rakyat adalah satu kajian yang melibatkan tinjauan ke belakang , satu gambaran sistem masyarakat dan kegiatan budaya nya yang bersifat tradisional. Cerita cerita rakyat ini dihasilkan melalui pengetahuan yang diperluaskan dengan bermacam macam perkara dari segi alam, persoalan tentang kehidupan dan pengalaman pengalaman yang mampu membentuk jasmani,emosi, rohani, dan intelek manusia. Pengkaji telah memilih kajian ini dengan mengunakan sumber utama iaitu Seuntai Himpunan 366 Cerita Rakyat Malaysia untuk melihat sejauhmanakah nilai nilai murni orang Melayu melalui cerita rakyat yang dipilih. Cerita rakyat yang dipilih sudah semestinya mempunyai akal budi orang Melayu yang dapat membentuk jati diri seseorang Melayu. Objektif kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti dan menganalisis akal budi orang melayu di dalam cerita rakyat. Selain itu, objektif kajian adalah untuk merumuskan dan membincangkan dan pengaplikasian teori Pengkaedahan Melayu dalam cerita rakyat. Teori Pengkaedahan Melayu yang dibawa oleh tokoh Hashim Awang turut digunakan dalam kajian ini. Pengkaedahan Alamiah dan Pengkaedahan Keagamaan menjadi kegunaan bagi memantapkan kajian yang dilakukan. Tambahan lagi, analisis secara kualitatif dijadikan sebagai panduan untuk melakukan kajian. Dapatan kajian yang terdapat dalam Seuntai Himpunan 366 Cerita Rakyat Malaysia karya Zainariah Abdul Wahab sudah terbukti mempunyai nilai akal budi yang murni melalui cerita rakyat yang dipilih dan terdapat wujudnya satu keadaan dimana cerita rakyat Malaysia penuh dengan warisan kebudayaan yang menjadi titik tolak kepada pembangunan dalam masyarakat orang Melayu serta menjadi medium untuk memberikan kesan yang positif terhadap kehidupan seharian orang Melayu.