Penerapan Ergonomik Dalam Reka Bentuk Kerusi Makan Pelbagai Fungsi Di Rumah

Ergonomik merupakan satu sistem yang berperanan dalam memberi keselesaan kepada manusia yang menggunakan sesuatu produk atau perabot. Kerusi makan pula adalah sebuah perabot yang digunakan untuk duduk dan makan. Pandemik covid-19 telah mempelbagaikan kegunaan kerusi makan waktu di rumah. Ketiadaan r...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Sahira Binti Abdul Hadi
Format: Undergraduate Final Project Report
Language:English
Published: 2021
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/4033/1/Sahira%20Hadi.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/4033/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Ergonomik merupakan satu sistem yang berperanan dalam memberi keselesaan kepada manusia yang menggunakan sesuatu produk atau perabot. Kerusi makan pula adalah sebuah perabot yang digunakan untuk duduk dan makan. Pandemik covid-19 telah mempelbagaikan kegunaan kerusi makan waktu di rumah. Ketiadaan ruang serta perabot yang khusus menyebabkan golongan bekerja dari rumah menjadikan kerusi makan sebagai tempat bekerja. Kerusi makan memberi pengaruh paling besar kepada golongan yang bekerja dari rumah. Ketiadaan elemen multifungsi pada kerusi makan menyebabkan kurang kelebihan kepada golongan yang mempunyai ruang atau rumah yang sempit. Bagi mengatasi permasalahan ini satu kajian telah dibuat berkenaan kerusi multifungsi yang ergonomik bagi golongan yang memiliki ruang atau rumah yang sempit. Kajian dilakukan di Kota Bharu Kelantan dengan kaedah kualitatif dan juga kuantitatif. Kesemua responden adalah sebanyak 55 orang. Setiap soalan yang dikeluarkan adalah dikaji dahulu dan diyakini menepati dengan tajuk yang ingin dijalankan. Hasil kajian yang dilakukan pengkaji mendapati kerusi makan bermultifungsi yang ergonomik sangat diperlukan untuk rumah yang sempit serta pengguna yang bekerja dari rumah. Hasil ini diambil dengan serius serta dijadikan satu garis panduan yang tepat bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh golongan yang bekerja dari rumah.