Rekabentuk Identiti Korporat Produk Pks Tempatan : Akok Cikgu

Identiti korporat dalam penjenamaan diibaratkan seperti janji kepada pelanggan yang mengharapkan perubahan yang positif serta mampu membina jenama yang mempunyai nilai yang lebih tinggi dalam memasarkan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Tambahan pula, penjenamaan semula mampu mengukuhkan lag...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nurul Najihah Mazlam
Format: Undergraduate Final Project Report
Language:English
Published: 2021
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/4028/1/NURUL%20NAJIHAH%20BINTI%20MAZLAM%20C17A0404.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/4028/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Identiti korporat dalam penjenamaan diibaratkan seperti janji kepada pelanggan yang mengharapkan perubahan yang positif serta mampu membina jenama yang mempunyai nilai yang lebih tinggi dalam memasarkan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Tambahan pula, penjenamaan semula mampu mengukuhkan lagi kedudukan perniagaan yang sedia ada kerana penjenamaan semula bukan sahaja menjurus kepada perniagaan yang baru ditubuhkan namun turut melibatkan perniagaan yang sudah bertapak lama dalam industri pasaran bagi mencipta sesuatu yang lebih baik daripada sebelumnya. Oleh hal demikian, perusahaan Akok Cikgu mempunyai penjenamaan yang tersendiri namun kelihatan masih kurang mencukupi dari segi elemen-elemen grafik yang perlu ada bagi setiap perniagaan. Justeru itu, penjenamaan semula bagi Akok Cikgu kelihatan amat bersesuaian untuk dikaji supaya kelihatan lebih unik dan berimpak tinggi kepada perniagaan Akok Cikgu dan juga ekonomi negara. Setiap perniagaan pastinya akan wujud permasalahan, begitu juga dengan perniagaan Akok Cikgu yang kelihatan kurang menyerlah dari sudut visual penjenamaan dan juga tidak mementingkan daya kreativiti yang mempunyai elemen-elemen grafik yang berkesan. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk menghasilkan identiti penjenamaan ‘Akok Cikgu’ yang lebih kreatif dan berimpak tinggi buat pasaran dan masyarakat. Hasil kajian mendapati penjenamaan semula Akok Cikgu mampu membina keyakinan serta memgembangkan lagi perniagaan ke industri pasaran yang lebih tinggi selari dengan keistimewaan kuih Akok tersebut. Bagi metodologi kajian, pengkaji telah menggunakan kaedah pendekatan kualitatif dan kuantitatif bagi mengukuhkan lagi kajian berkaitan dengan rekabentuk identity korporat produk PKS Tempatan Akok Cikgu. Berdasarkan penilaian serta pemerhatian pengkaji melalui data analisa kajian, cadangan rekabentuk identiti korporat yang telah dihasilkan oleh pengkaji telah mendapat penerimaaan yang baik dan positif daripada pelanggan Akok Cikgu supaya PKS Tempatan Akok Cikgu dapat membuat perubahan yang baik. Akhir sekali, penjenamaan yang baik adalah penjenamaan yang mampu mengimbangi antara kualiti produk iaitu identiti korporat yang baik dan juga kehendak pelanggan. Kata kunci : Rekabentuk Identiti Korporat, industri pasaran, perniagaan, Akok Cikgu, elemen-elemen grafik