Pembungkusan Makanan Tradisional Dodol

Reka bentuk pembungkusan produk memainkan peranan yang penting dalam menarik perhatian pelanggan kerana mempunyai nilai estetika. Pembungkusan berfungsi sebagai salah satu cara untuk memasarkan produk secara tidak langsung danmenjaga kualiti sesuatu produk. Terdapat banyak produk makanan tradisional...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nur Shahi Nazreen Mohamed
Format: Undergraduate Final Project Report
Language:English
Published: 2021
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/4009/1/NUR%20SHAHI%20NAZREEN%20BINTI%20MOHAMED%20C17A0239.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/4009/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Reka bentuk pembungkusan produk memainkan peranan yang penting dalam menarik perhatian pelanggan kerana mempunyai nilai estetika. Pembungkusan berfungsi sebagai salah satu cara untuk memasarkan produk secara tidak langsung danmenjaga kualiti sesuatu produk. Terdapat banyak produk makanan tradisional di negeri Kelantan yang bagus telah dihasilkan namun tidak berjaya menambat hati pelanggan disebabkan oleh pemilihan reka bentuk pembungkusan yang kurang menarik. Hal ini disebabkan oleh reka bentuk pembungkusan masih lagi belum mencapai piawaian yang juga menyebabkan gagal ke pasaran luar. Oleh itu, penyelidikan ini dilakukan untuk memenuhi objektif utama iaitu mengenal pasti jenis pembungkusan yang sesuai bagi dodol dan menghasilkan reka bentuk pembungkusan yang baharu bagi dijadikan sebagai buah tangan dan pada masa yang sama untuk mempromosikan dodol kepada masyarakat luar. Penggunaan bahan dalam reka bentuk pembungkusan perlu dititik beratkan dalam memastikan bahan yang digunakan tidak memberi kesan yang kepada pengguna sama ada makanan itu selamat disimpan dengan bahan yang terkandung dalam pembungkusan sekaligus meningkatkan jualan dan jangka hayat produk. Oleh itu, penghasilan reka bentuk pembungkusan yang baharu mengenai dodol adalah salah satu cara untuk memperkenalkan dodol terutamanya kepada generasi baru. Kata kunci: nilai estetika, pembungkusan, dodol, jangka hayat, reka bentuk pembungkusan..