Rekabentuk Identiti Korporat Produk Pks Tempatan: Wan Nik Warisan
Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti penerimaan pengguna terhadap produk perusahaan kecil sederhana (PKS) “Wan Nik Warisan” di Malaysia. Segelintir masyarakat atau pengguna memilih untuk menggunakan produk yang dikeluarkan oleh luar negara. Hal ini telah menyebabkan penurunan terhadap pe...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Undergraduate Final Project Report |
Language: | English |
Published: |
2021
|
Online Access: | http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3973/1/NIK%20NUR%20SAFIAH%20BINTI%20NIK%20OMER%20C17A0153.pdf http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3973/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti penerimaan pengguna terhadap produk perusahaan kecil sederhana (PKS) “Wan Nik Warisan” di Malaysia. Segelintir masyarakat atau pengguna memilih untuk menggunakan produk yang dikeluarkan oleh luar negara. Hal ini telah menyebabkan penurunan terhadap permintaan bagi produk perusahaan kecil sederhana (PKS) iaitu produk tempatan. Selain itu, kajian ini juga akan mengenalpasti cara pembungkusan yang digunakan oleh produk yang dikeluarkan “Wan Nik Warisan”. Cara pembungkusan yang baik dan menarik perhatian pengguna akan memberikan impak yang positif serta dapat memuaskan hati pengguna. Ianya juga boleh menaikkan permintaan pelanggan jika ianya menepati citarasa dan berkualiti. Di samping itu, produk yang dikeluarkan oleh “Wan Nik Warisan” ini juga akan dikenal pasti dari segi reka bentuk logo yang akan memberi impak kepada pengguna. Sesuatu logo yang menarik akan berkesan dengan pengguna boleh mengingati logo produk tersebut. Kajian ini menggunakan kaedah gabungan iaitu kaedah kualitatif iaitu bacaan ilmiah dan sumber rujukan lepas manakala kaedah kuantitatif iaitu soal selidik secara atas talian yang berjumlah 102 responden. Keputusan yang diperolehi daripada soal selidik menunjukkan dapatan analisis kajian yang dijalankan, 86.3% daripada responden bersetuju bahawa penjenamaan semula yang dijalankan adalah bersesuaian dan mencapai objektif yang disenaraikan. Oleh yang demikian, kajian dijalankan untuk mengenalpasti perkara di atas supaya dapat diatasi dan dapat membantu dari segi yang penting dan keberkesanannya.
Kata kunci: perusahaan kecil sederhana (PKS), logo, pembungkusan, penjenamaan semula. |
---|